CHRISTIAN ENCOUNTERS : CHRISTIANS BATTLEFIELD IN HIGHER EDUCATION (PART I)
NAVIGATING THE ACADEMIC BATTLEFIELD
Dalam hidup ini ada banyak cabaran dan struggle yang akan kita hadapi tanpa mengira latar belakang. Begitu juga dengan orang percaya, sebagai orang percaya saya yakin kalau menjadi orang percaya bukanlah tiket untuk kita lari daripada segala kesusahan dalam kehidupan malah orang yang percaya harus menjalani seumur hidupnya dengan penyangkalan diri, dan hidup dalam penyangkalan diri itu tidak mudah. Bagaimanakah bentuk ‘medan perang’ atau battlefield serta apa yang harus dilakukan dalam battlefield ini khususnya bagi pelajar Kristian yang sedang menjalani pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.
Battlefield yang saya cuba sampaikan di sini bukan sahaja tentang hati, fikiran dan spirituality kerana ini hanyalah bahagian-bahagian dalam peperangan tetapi pemahaman battlefield yang cuba saya sampaikan di sini adalah yang menyeluruh mencakupi semuanya sehingga hati, fikiran, spirituality dan cara hidup itu adalah keseluruhannya. Supaya kita tidak menganggap “saya dalam peperangan melawan syaitan di dalam hati dan fikiran tetapi kehidupan saya semuanya baik”. Saya percaya anggapan seperti ini adalah salah sebab yang seharusnya diperbaiki itu adalah cara hidup anda supaya dalam masa yang sama hati, fikiran dan kehidupan akan menjadi satu dalam keadaan yang telah diperbaiki.
Cara hidup adalah battlefield, kehidupan kita belum sempurna, justeru itu, hidup kitalah yang menjadi medan perang. Kita harus mengubah cara hidup kita dan tidak boleh tidak mengubahnya. Saya setuju kalau peperangan yang kita hadapi ini besar dan kita terlalu kecil untuk menghadapinya tetapi kita tidak boleh menyerah. Saya juga setuju kalau kita tidak sempurna, tujuan kita berperang bukan menuju kesempurnaan tetapi mengatasi cara hidup yang salah supaya kembali kepada yang benar dan keadaan ini akan terus menerus diperbaiki sehingga kedatangan Tuhan. Maka harus saya tekankan, bahawa peperangan yang kita jalani ini bukan tentang kejayaan dalam peperangan tetapi adalah tentang ketekunan. Menurut saya, kita kena jalankan hidup kita dengan perlahan-lahan, stabil dan penuh ketekunan dalam mengubah cara hidup. Tidak perlu dengan cara yang heboh atau secara langsung.
Apa yang harus dilakukan sebagai pelajar Kristian yang menjalankan pengajian di peringkat pengajian tinggi?
Mengubah cara hidup daripada kanak-kanak kepada anak (From Children to Son/Daughter)
Dalam hal ini saya akan membezakan maksud Children dan son/daughter. Gambaran tentang kanak-kanak (children) menunjukkan anak kecil manakala gambaran tentang anak menunjukkan pewaris, pewaris dianggap anak tetapi bukan kanak-kanak. Kita semua telah diangkat oleh Tuhan menjadi anakNya yang adalah pewaris, bermaksud kita pewaris yang membuat pekerjaan Tuhan sebagaimana Dia melakukannya. Kita pewaris yang bekerja bersama-sama dengan Bapa untuk menjalankan ciptaanNya, bukan kerana Bapa sudah berhenti melakukan pekerjaanNya.
Dalam konteks seorang pelajar atau mahasiswa, anda harus mengubah cara hidup anda, jangan terus menerus menjadi kanak-kanak, anda harus menjadi dewasa menjadi son/daughter yang membuat pekerjaan Bapanya. Pada masa lalu, ketika seorang bapa mengajak anaknya untuk bekerja bersama dengannya, ini bermaksud anaknya itu sudah cukup menjadi dewasa untuk melakukan pekerjaan bersama bapanya bukan lagi anak yang berumur 5 tahun.
Aspek-aspek yang harus dipertimbangkan bagi mengetahui sama ada sudah mencapai tahap son/daughter.
Antara aspek tersebut ialah;
Tanggungjawab
Dari anak kecil menjadi pewaris yang bekerja bersama dengan bapa adalah kerana didasari tanggungjawab. Dalam kisah Matius 25, konteks pekerjaan yang Tuhan percayakan kepada anda itu mempunyai skop yang kecil. Tuhan tidak menyuruh anda melakukan pekerjaan yang mencakupi segala hal. Betul ada orang yang kelihatannya boleh melakukan segala hal, tapi sebenarnya tidak begitu. Contohnya dalam sesebuah projek, mungkin ada seorang projek manager yang tahu pekerjaan segala hal dalam projek tersebut tetapi, tetap, dia hanya melakukan bahagian dia, bahkan itu adalah bahagian yang terkecil, sedangkan bahagian yang lain akan dibuat oleh orang lain.
Kerajaan Allah bukan diperkerjakan oleh para pahlawan tetapi oleh anak atau pewaris yang bertekun. Anda tidak dituntut untuk menjadi seorang pahlawan, tetapi bertekunlah supaya anda sendiri juga tidak mudah kecewa kepada diri sendiri. Sebab terkadang anda pasti akan bertanya “kenapa bakat saya begini sahaja tidak seperti orang lain yang hebat di sana?”.
Saya menekankan, pentingnya kesedaran tentang tanggungjawab kita. Tanggungjawablah yang akan membezakan antara orang yang masih kanak-kanak walaupun usia sudah besar dengan orang dewasa yang walaupun usia masih muda tetapi mampu memikul tanggungjawab sesuai dengan yang Tuhan percayakan. Mengurus urusan yang dipercayakan seperti dalam kisah Matius 25, itulah bentuk tanggungjawab. Ilustrasi kisah ini iaitu sang raja meminta bawahanya untuk mengurus wang walaupun konteks wang yang besar diberikan tetapi pekerjaan mereka itu ringkas iaitu mengurus wang tersebut. Mereka tidak diminta untuk menjadi maha tahu dalam segala hal atau menjadi pakar dalam segala bidang.
Makanya saya berfikir, kalau panggilan anda sebagai orang Kristian dan berfikir anda harus take care of everything, adalah merupakan hal yang salah. Jalankan tanggungjawabmu yang kecil itu! Menjalankan tanggungjawab dalam skop yang kecil juga tidak menjadikan tanda yang anda itu sudah dewasa, ini kerana orang dewasa adalah orang yang bertanggungjawab dalam pekerjaan yang dipercayakan serta mempunyai kepekaan terhadap keadaan sekitarnya.
Dalam konteks mengurus kewangan, ini bermaksud anda harus memanfaatkan apa yang anda punyai bukan mengimpikan apa yang anda tidak punyai. Sekiranya anda mengatakan “seandainya saya mempunyai duit 3 juta saya akan memulakan perniagaan saya”, sedangkan duit 10 ribu yang anda punyai sekarang tidak berkembang, kenapa mau minta 3 juta? Siapa yang setia terhadap perkara yang kecil akan dipercayakan juga perkara yang lebih besar dengan kata lain jika anda tidak mampu mengurus harta orang lain (atau dalam konteks matius 25 milik Tuhan) bagaimana anda dapat mengurus harta milikmu. Semua orang tidak punya harta, kaya dan miskin bukanlah isu sebab apa yang ia miliki adalah daripada Tuhan yang dipercayakan kepadanya untuk diuruskan.
Orang yang pandai dalam akademik tidak menjanjikan dia adalah orang yang mampu melayani Tuhan dengan baik sekiranya orang pandai ini tidak peka atau tidak mempunyai inisiatif (hikmat). Tuhan menuntut kita untuk melakukan pekerjaan yang nyata, apa tanggungjawabmu harus anda kerjakan tetapi dalam masa yang sama anda mesti mempunyai kepekaan terhadap sekelilingmu. Ini tidak bermaksud anda harus megetahui segala hal yang berlaku di setiap negara dan dalam masa yang sama tidak mengetahui hal dalam negara bahkan yang terdekat dengan sekitarmu sekalipun.
Orang dewasa adalah orang yang berfikir untuk mula mengambil inisiatif atau bahagian untuk menyelesaikan hal yang berlaku di sekelilingnya terkait dengan pekerjaanya. Kanak-kanak hanya akan meletakkan urusan itu kepada orang lain untuk diselesaikan dan hanya berfikir bagaimana untuk dia menikmati urusan yang sudah diselesaikan oleh orang lain.
Ini tidak bermaksud anda harus melakukan segala perkerjaan dengan sendirinya, tetapi menurut saya anda harus peka. Ada hal-hal yang telah dipercayakan kepada orang lain, dan hal ini anda tidak perlu mengerjakannya lagi, tetapi ada bahagian yang tidak ada orang yang uruskan dan perlu ada orang yang fikirkan untuk mengurusnya.
Belajar berkorban
Whoever finds his life will lose it, and whoever loses his life for my sake will find it. Matthew 10:39
Seharusnya jika anda berada di pengajian tinggi, anda akan belajar berkorban kerana anda bukan lagi kanak-kanak. Anda seharusnya memikirkan orang lain, kerana anda tidak boleh hidup untuk diri sendiri tetapi juga harus hidup untuk orang lain.
Kanak-kanak yang semakin kecil, semakin hanya mementingkan diri-sendiri. Seorang bayi cuma mengetahui keperluan dan kepentingan tentang dirinya, apabila bayi kehausan dan merasa tidak selesa, bayi tersebut akan berteriak, apabila ia merasa kurang ia akan berteriak. ‘Bayi berjanggut’ atau kanak-kanak berusia ini cuma berfikir bagaimana dia akan merasa selesa di tempat baharu ini. Jangan minta dikasihani kerana anda baru pertama kali masuk kuliah, masih beradaptasi dan tidak pernah jauh dari ibu bapa, ini memang wajar dan inilah waktunya anda membuktikan kalau anda itu sudah dewasa dan bukan lagi kanak-kanak yang menjadikan PAK (penolong akademik dan kokurikulum) atau siapa-siapa sebagai penganti ibu bapa tempat untuk bergantung dan meluah setiap kali mengalami masalah.
Anda bukan lagi seorang kanak-kanak, dealt with your problems! Ini tidak bermaksud anda harus menjadi seorang yang serba kuat, tetapi sedarlah kamu bukan lagi seorang bayi, sekurang-kurangnya anda harus tahu bahawa keadaan anda sekarang berada di tahap yang baharu iaitu; anda mesti belajar untuk menerima bahawa anda diberi peluang untuk menjadi dewasa, dan hal ini adalah hal yang baik.
Saya berharap semasa anda berada di dunia pengajian tinggi, anda menitik beratkan belajar berkorban dibandingkan dengan terus berfikir bagaimana untuk tetap menjadi bayi atau menjaga keselesaan keadaan diri. Anda harus bertumbuh, pengorbanan bermaksud anda sudah bersedia untuk kehilangan waktu hidup, kehilangan keselesaan hidup, kehilangan tenaga bahkan kehilangan dirimu untuk melayani bagi orang lain dan Tuhan, ini tidak membawa maksud anda meletupkan diri demi orang lain.
Akan ada suatu masa, anda akan merasakan krisis waktu yang anda punyai harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Orang dewasa akan sedar kalau segala berkat yang dia punyai seperti wang dan waktu harus ia kelolakan dengan baik.
Memberikan ruang kepada yang lain
27 But he will say, ‘I tell you, I do not know where you come from. Depart from me, all you workers of evil!’ 28 In that place there will be weeping and gnashing of teeth, when you see Abraham and Isaac and Jacob and all the prophets in the kingdom of God but you yourselves cast out. 29 And people will come from east and west, and from north and south, and recline at table in the kingdom of God. 30 And behold, some are last who will be first, and some are first who will be last.”
Luke 13:27-30
Kita beri tumpuan pada ayat ke-29, akan ada banyak orang dari tempat yang lain, apabila anda menjadi dewasa anda seharusnya mulai bersikap terbuka kepada orang lain yang berbeza latar belakang. Jangan terus-menerus melakukan tugasan kumpulan dengan orang yang anda selesa, sebab pada kenyataanya di dunia pekerjaan sebenar, anda akan bekerjasama dengan orang pelbagai latar belakang yang anda mungkin tidak suka, lagipun anda juga bukan kanak-kanak. Kanak-kanak kecil, hanya suka berkawan dengan orang yang ia merasa sesuai. Berusahalah menjalinkan hubungan dengan orang yang lain.
Belajarlah untuk memberikan ruang bagi orang lain. Anda menghindar dari orang Farisi dengan mengatakan mereka itu munafik kerana mereka mengakui mengenal Tuhan tetapi tidak memberikan ruang bagi bangsa yang lain. Apa bezanya dengan anda jika anda juga tidak memberikan ruang bagi orang lain? Anda Cuma mencari keselesaan. Keselesaan sememangnya tidak salah, tetapi anda juga harus memberikan keselesaan bagi orang lain. Anda mempunyai tanggunggjawab untuk menjalin hubungan antara sesama dan bergaul.
Dalam dunia pengajian tinggi, seharusnya anda akan bertemu dengan pelbagai keragaman manusia. Dari sini anda akan belajar cara untuk bergaul, belajar cara bergaul itu tidak semudah dan se-selesa yang anda sangkakan, kadang-kadang cara bergaul itu susah dan saya juga mengakui kalau bergaul itu adalah hal yang tidak menyenangkan. Bergaul itu bukan untuk mencari keselesaan tetapi merupakan salah satu cara anda dibentuk.
Pembentukan bermaksud anda memberikan ruang bagi orang lain dan anda akan dibentuk dengan pemberian ruang itu. Melalui ruang yang diberikan, anda akan mengubah kebiasaan anda yang bersifat self-centered atau berpusat ke diri-sendiri, anda juga mungkin belajar mengalami keadaan yang tidak selesa dalam pergaulan, anda akan mula memahami menjalin hubungan, jaringan (network) dan dalam membuat network tiada kaitan dengan cuma sekadar diterima tetapi juga menerima.
Sekiranya anda tidak pernah menegur orang dan tidak suka ditegur oleh orang dalam sesuatu komuniti atau pergaulan, menurut saya anda tidak mempunyai komuniti, komuniti untuk tumbuh bersama itu adalah tempat yang tidak selesa sebab di tempat inilah anda akan ditegur, dimarahi, diherdik, diberikan target dan anda juga tidak akan merasa selesa di sini. Dalam komuniti ini, tumpuannya lebih diberikan kepada anda harus mendengar yang lain, anda harus berubah dan berhenti menjadi kanak-kanak. Kanak-kanak sekiranya ia mau berkata sesuatu ia merasa ia harus didengar tetapi berbeza dengan orang dewasa, orang dewasa akan bercakap dan mendengar jika perlu dan bukan kerana keinginannya.
Di era sekarang ini, medsos yang ada melatih kita untuk menjadi orang yang hanya selesa dengan apa yang kita ingini. Apa yang menarik ghairah anda itulah yang anda kehendaki, jika anda berghairah untuk bercakap anda mesti bercakap dan mencari orang yang mendengar. Tetapi hal ini salah, kehidupan Kristian menuntut kita untuk mematikan gaya hidup yang salah, menjadi orang dewasa yang menerima dan menyusahkan diri demi orang lain yang berbeza dari kita. Anda harus belajar berkomunikasi dan bergaul dengan mereka bukan untuk keselesaan mereka, bukan juga untuk supaya dia mempunyai kawan untuk meluah tetapi demi menjalinkan hubungan yang baik serta untuk menajamkan akademik di bidang masing-masing.
Kesimpulan
Daripada beberapa aspek yang saya tunjukkan yang seharusnya kita pertimbangkan dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa/i kita dapat melihat bahawa aspek-aspek ini penting bagi menentukan tahap kedewasaan kita. Mengenal apa yang sedang kita perangi atau apakah sebenarnya medan perang kita ini juga tidak kalah pentingnya. Aspek tanggungjawab sangat penting untuk kita ketahui kerana ini akan menjadi salah satu dasar membezakan antara orang yang sudah menjadi anak (son/daughter) dengan kanak-kanak. Melakukan pengorbanan juga penting kerana ini akan melahirkan rasa ketirisan waktu, tenaga dan apapun berkat yang kita miliki supaya kita dapat memanfaatkanya selagi nafas dikandung badan. Pada akhirnya, memberikan ruang kepada orang lain akan membentuk siapa kita menjadi the best version of ourself.