CHRISTIAN ENCOUNTERS: CHRISTIANS BATTLEFIELD IN HIGHER EDUCATION (PART II)
NAVIGATING THE ACADEMIC BATTLEFIELD
Sebelum ini penulisan saya tentang Christian Battlefield ini adalah perkara-perkara yang theoretical yang perlu dilakukan oleh mahasiswa.
Dalam bahagian ini, saya akan memberitahu perkara yang lebih praktikal untuk menjalani cara hidup anda sebagai mahasiswa/i yang harus boleh diterangkan dengan jelas. Di sini anda akan mensistemkan atau menstrukturkan cara hidup anda sehingga anda mampu memberikan pemahaman tentang hidup, dengan cara berfikir teratur.
Ini disebabkan, sejauh pengetahuan saya, orang-orang yang berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi adalah orang yang mempunyai peluang atau kelebihan dalam menyusun cara berfikir yang sistematik. Memang betul, kita tidak terikat pada sistem, sebab sistem bersifat cair, berubah mengikut keadaan, dan manusia jugalah yang mengubahnya. Namun begitu, saya percaya kita masih memerlukan sistem.
Seterusnya, yang perlu kita lakukan selepas mengubah cara hidup kita dari keadaan kanak-kanak kepada anak ialah mengubah cara hidup yang kurang reflektif kepada cara hidup yang berfikir.
Mengubah cara hidup yang kurang reflektif (berfikir) kepada cara hidup yang berfikir.
Berfikir dan bertindak dengan cepat dalam hidup adalah sangat penting. Dunia akademik dan juga pengalaman hidup adalah perkara yang saling berhubungan. Pengalaman tanpa pengetahuan menjadikan akademik mati, pengalaman yang saya maksudkan ialah memiliki naluri (instinct), effektif dalam membuat keputusan yang praktikal dan memahami apa yang harus dilakukan. Begitu juga tanpa pengalaman, pengetahuan akademik juga tidak berfungsi. Oleh itu, anda harus membina sebuah pemahaman untuk merumuskan cara hidup anda.
Antara perkara yang perlu anda rumuskan ialah;
1. Rumuskan kehidupan anda dalam kisah penebusan
3 For you have died, and your life is hidden with Christ in God. 4 When Christ who is your life appears, then you also will appear with him in glory.
5 Put to death therefore what is earthly in you: sexual immorality, impurity, passion, evil desire, and covetousness, which is idolatry.
Colossians 3:3-5
Daripada petikan firman Allah di atas, kita harus mematikan yang lama dan membangkitkan yang baik dengan cara; memahami apa yang terjadi dengan fikiran yang jelas.
Anda harus sedar bahawa anda sedang berada di dalam kisah penebusan. Anda harus menafsirkan segala sesuatu di dalam kisah penebusan. Pemahaman kisah penebusan membuat anda sedar bahawa segala sesuatu telah rosak tetapi dalam masa sama masih mempunyai pengharapan. Apabila anda tidak memahami kerosakkan, anda akan menjadi seorang yang naif, begitu juga, jika anda tidak memahami adanya penebusan anda akan menjadi seorang yang sinis (selalu membenci). Keadaan naif dan sinis ini bukanlah keadaan yang baik.
Cara berfikir yang melihat penebusan bermaksud ada hal yang lama (buruk) dan ada hal yang baharu (baik). Mengetahui apa perkara-perkara yang lama dan baharu ini adalah tugas anda untuk merumuskannya dengan fikiran yang jernih. Dengan cara ini, cara hidup anda akan dapat dirumuskan. Belajarlah menjelaskan segala sesuatu dengan terstruktur dan dengan baik. Dari sini, anda akan mula memahami bahawa segala sesuatu yang ada dalam dunia akademik dan dunia sehari-hari anda adalah dunia yang ingin ditebus oleh Tuhan, dengan cara anda melakukannya mengambil bahagian bersama Tuhan untuk membuat kisah penebusan, melakukan perbaikan.
Beginilah caranya orang Kristian melihat seluruh zaman dunia ini yang akan Tuhan tebus. Cara ini sangat penting supaya anda terhindar dari mengikuti cara dunia, inilah medan perang anda, iaitu melawan cara dunia. Kerangka fikir cara dunia selalu mengetengahkan cerita kejayaan; keadaan lama (belum berjaya) ke keadaan baharu (kejayaan). Perjuangan dari keadaan belum berjaya ke keadaan berjaya memerlukan jiwa berjuang atau kepahlawanan yang kuat. Sekiranya anda mengikuti cara dunia ini, anda akan hidup dalam penuh keinginan untuk menjadi hero dalam keadaan tidak sedar.
Sebagai contoh nyata; saya sendiri sebelum ini selalu melihat bahawa rakan-rakan seiman saya tidak memahami teologi dan saya ingin mengubah ini dengan cara saya menjadi hero.
Kenyataannya, pemikiran yang lebih tepat tentang penebusan adalah; anda akan sedar yang diperlukan untuk keadaan dari buruk menjadi baik itu adalah Kristus bukan hero. Ini bermaksud anda mengambil bahagian dalam keadaan lama yang ingin ditinggalkan kepada keadaan baharu yang telah berubah. Anda selalu ingin mematikan apapun keadaan yang lama (buruk) dan anda juga akan belajar mengklasifikasikan apa yang lama itu dan apa yang harus anda matikan.
Umumnya, kita mengetahui bahawa pornografi adalah dosa. Dalam dunia akademik, anda akan mencari tahu apa yang menjadikan pornografi adalah dosa? Dengan ini anda dapat mengklasifikasikan keadaan buruk ini melalui keteraturan cara berfikir supaya anda memahami apa sebenarnya sedang berlaku. Klasifikasi pornografi adalah ketidakadilan sosial yang membuat manusia terbiasa memanipulasi dan merendahkan orang lain. Anda tahu bahawa Tuhan sangat membenci ketidakadilan dan inilah justifikasi yang tepat kenapa pornografi itu sangat berdosa, dalam masa sama, anda belajar cara untuk mempunyai hati yang sejalan dengan firman Tuhan yang membenci dosa ini.
Oleh itu, jangan mengikuti kisah kejayaan (cara hidup dunia) kerana apabila anda berada di universiti, kisah kejayaan adalah hal yang umum yang dicari-cari. Kisah kejayaan bukanlah kisah anda, tetapi inilah yang anda perlu lawan atau ubah dengan cara mengambil bahagian bersama Tuhan dalam kisah penebusan seperti mengubah diri anda dari keadaan lama menjadi baharu, memperbaiki keadaan sekeliling yang rosak ke keadaan sekeliling yang baik. Ketika anda sedar diri anda dalam keadaan tidak baik, anda akan berjuang untuk jadi lebih baik; ketika anda menyedari keadaan yang tidak baik adalah bidang yang ada ceburi, maka anda akan bersedia untuk mempunyai cara pemikiran yang terstruktur bagi memahami apa yang anda perjuangkan dalam bidang itu.
Menjadi mahasiswa/i Kristian bukan harus menjadi lebih pandai dari yang lain supaya menjadi contoh. Mahasiswa/i Kristian tidak hadir hanya untuk menjadi contoh; anda secara langsung mendapatkan gred atau pointer yang terbaik jika anda melakukannya dengan sepenuh hati.
2. Memahami dunia anda dalam kisah umat Tuhan bukan secara individu
Pemahaman akan hal ini menjadikan anda mulai berfikir tentang apa yang menjadi perjuangan bersama dalam sesebuah komuniti. Saya setuju jika gereja tidak perlu dibawa dalam kampus dengan kata lain, melakukan apa yang sudah dilakukan oleh gereja seperti kebaktian, pembaptisan, perjamuan dan yang lainnya tetapi buatlah kerja yang gereja tidak dapat buat. Anda tidak sendirian di kampus, ada ramai lagi orang kristian yang lain, bergaulah dengan yang lain untuk memikirkan isu-isu yang ada dalam bidang diceburi.
Tidak semestinya perlu membentuk komuniti intelektual yang lebih pintar dari orang lain kerana ini memungkinkan anda untuk jatuh dalam dosa kesombongan.
Gaya hidup yang unindividualistic atau gaya hidup berkomuniti adalah gaya hidup yang memerlukan dan diperlukan oleh komuniti, yang berada dalam komuniti yang berfikir tentang bagaimana bidang yang diceburi ditonjolkan dari perspektif Kristian.
Buatlah perkara yang gereja tidak dapat lakukan kerana gereja tidak dapat membuat perkara yang terkait dengan komuniti berbentuk bidang yang anda ceburi. Gereja tidak dapat membuat sebuah komuniti yang membincangkan tentang bidang fizik atau bidang apapun itu dari perspektif Kristian. Jika anda mengajar cara berdoa dan menyembah itu gereja sudah buat dan ini tidak perlu lagi anda buat. Hal ini sama ketika gereja tidak dapat membuat suatu komuniti dalam bidang-bidang tertentu yang diceburi oleh para mahasiswa/i. Gereja tidak akan membuat suatu komuniti bidang engineering dalam pemahaman yang sesuai dengan perspektif Kristian. Tidak semua jemaat dalam gereja mempelajari bidang yang anda pelajari, anda mendalami bidang anda maka seharusnya anda bertanggungjawab untuk memahami bagaimana bidang yang anda ceburi ini masuk dalam falsafah Kristian lalu membuat perbincangan dan mengkonsikannya kepada jemaat yang lain supaya mereka juga dapat tahu betapa kayanya aspek-aspek dan keunikkan bidang dalam Kekristianan.
3. Memahami bahawa belajar adalah kisah manusia mencintai kebenaran
Belajar adalah perkara yang penting, tetapi anda mesti mempunyai cara hidup yang baharu dalam melihat pelajaran bidang yang diceburi adalah kebenaran, dan kebenaran itu adalah kebenaran yang tidak mempunyai variasi namun mempunyai banyak perspektif. Variasi bermaksud anda tidak tahu mana satu yang benar. Sebaliknya, perspektif mengandungi kebenaran yang ditonjolkan di satu-satu sudut pandang bidang tertentu.
Oleh itu, ketika anda mempelajari sebuah bidang, anda harus mengetahui keunikkan bidang tersebut dan cubalah untuk mempelajari keunikkan itu. Pada ketika itu, anda akan sedar, mempelajari bidang tersebut adalah sebuah kesenangan dan bukan untuk pencapaian. Belajar itu tidak untuk mengkagumi monument pencapaian manusia, dari sudut pandang Kristian belajar adalah cara memahami betapa menyenangkannya mengetahui kebenaran yang bersifat multiperspective dan kaya.
Belajar adalah sebuah kebahagiaan atau kesenangan, belajar juga ialah anda belajar memahami suatu bidang yang sempit sambil mengadakan perbincangan dengan bidang lain. Anda tidak boleh merendahkan bidang yang lain kerana bidang mereka juga sama menarik seperti bidang anda. Berhati-hati supaya tidak masuk dalam keinginan untuk menjadi pakar dalam semua bidang, dalami bidang anda tetapi dalam masa sama sentiasa terbuka dengan bidang yang lain. Mendalami bidang anda bukan untuk pencapaian tetapi kerana bidang anda itu menarik untuk dipelajari.
Kesimpulan
Secara keseluruhan sebagai mahasiswa/i Kristian medan perang kita khususnya di kampus ialah melawan cara hidup kita secara keseluruhan bukan sahaja dari aspek spritualiti dan fikiran. Dalam konteks perbincangan pada kali ini saya memberikan dua points utama yang harus dilakukan oleh pelajar dalam menjalankan pegajiannya yakni mengubah cara hidup daripada kanak-kanak kepada anak iaitu tugasan yang harus dilakukan oleh pelajar secara teori, serta mengubah cara hidup yang lebih praktikal dengan cara mengubah cara hidup yang kurang berfikir kepada cara hidup yang berfikir. Walaubagaimanapun saya tahu kalau perjuangan ini tidaklah mudah tetapi jangan menyerah, jangan mengangkat bendera putih kerana walaupun anda mungkin belum sampai ke tahap-tahap tertentu yang saya berikan ini sudah pasti anda akan sampai ke tahap itu kerana inilah battlefield kita, kita tidak menekankan pencapaian tetapi yang kita ketengahkan ialah perseverence atau ketekunan. Semangat!