Divine Rhythm: Relating Music and Christian Spiritual Growth
The analogy of music in expressing Christian's experience; the relationship between music and Christian's daily life.
Minggu ke-2 kuliah saya pada semester ini sangat diberkati dengan tema muzik yang diangkat oleh gereja tempat saya beribadah dengan mengadakan malam muzik, dan saya sangat menikmati dan diberkati dengan persembahan yang disampaikan pada masa itu.
Dengan hadirnya pengkhotbah jemputan pada masa itu, saya tertarik dengan kalimat beliau yang menyatakan bahawa beliau telah melalui proses untuk menjadi seorang yang percaya adalah daripada muzik. Dalam masa yang sama, beliau juga ada mengatakan dalam konteks tertentu iaitu “terlalu belajar theologi sehingga lupa dan tidak dapat merasakan lagi hubungan bersama Tuhan”.
Dengan segala hormatnya saya kepada beliau, saya kurang setuju dengan pernyataan beliau yang kedua, mungkin kerana dalam masa sama saya tertegur dalam khutbah beliau. Ini kerana dengan belajar theologilah saya merasa lebih dekat lagi dengan Tuhan dan lebih mengenaliNya, bukan dengan muzik, yang membuat saya jauh dengan Tuhan adalah perbuatan dosa bukan mempelajari theologi.
Maka dari sini juga saya mencuba untuk memahami bagaimana sebenarnya hubungan muzik dalam keselamatan dan kehidupan umat Kristian ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai umat Kristian? Dan pendekatan-pendekatan yang bagi saya sangat menarik dan baharu ini, sebenarnya saya quote daripada seorang Professor Theology bernama Jurgen Moltmann.
Tegangan Dalam Muzik dan Kehidupan Umat Kristian
Dalam muzik, ketegangan akan berlaku apabila ada perubahan harmoni atau melodi yang menghasilkan rasa ketidakselesaan sementara, tetapi hal inilah yang akan menarik perhatian para pendengar sehingga kepada penghabisan muzik atau lagu tersebut. Ketegangan ini akan membangkitkan harapan kepada penyelesaian (pengakhiran) iaitu, pada masa muzik pada akhirnya “selesai” atau “mereda” kepada harmoni yang stabil. Ini terutamanya terjadi pada muzik-muzik klasik, namun begitu dari segi pengamatan saya muzik-muzik moden juga masih mempunyai unsur ini.
Dalam kehidupan kita juga sebagai orang yang percaya pasti akan mengalami ketegangan ini. Selepas kita menerima keselamatan melalui iman kita tidak diangkat terus ke syurga melainkan kita terus hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan penderitaan sebagaimana tertulis dalam Efesus 2:8-10.
8 For by grace you have been saved through faith. And this is not your own doing; it is the gift of God, 9 not a result of works, so that no one may boast. 10 For we are his workmanship, created in Christ Jesus for good works, which God prepared beforehand, that we should walk in them.
Ephesians 2:8-10
Ketegangan ini muncul apabila orang percaya berusaha untuk mengikuti iman yang diyakininya serta berbuat baik tetapi dalam masa sama masih menghadapi dosa, godaan dan pelbagai kesusahan dalam hidup.
Maka dengan itu, saya berpendapat bahawa ketegangan yang berlaku dalam hidup kita sebagai orang percaya ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi ini adalah sebahagian daripada proses keselamatan. Seperti dalam muzik, ketegangan memberikan arah kepada perjalanan rohani kita sebagai orang yang percaya. Ketegangan ini juga mengajar kita untuk hidup dalam harapan dan penantian untuk sesuatu yang lebih baik, iaitu kedatangan Yesus Kristus yang kedua.
Selain itu, ketegangan ini juga dapat diibaratkan seperti tertulis pada Roma 8:22-23;
22 For we know that the whole creation has been groaning together in the pains of childbirth until now. 23 And not only the creation, but we ourselves, who have the first fruits of the Spirit, groan inwardly as we wait eagerly for adoption as sons, the redemption of our bodies.
Romans 8:22-23
Ayat ini mengibaratkan bahawa seluruh ciptaan termasuk orang percaya, sedang berada dalam keadaan tegang, mengeluh dan merasakan penderitaan semasa menunggu keselamatan penuh apabila Kristus datang kembali. Sama seperti dalam muzik, ketegangan ini bukanlah sesuatu yang harus dijauhi tetapi adalah sebahagian daripada pertumbuhan rohani yang membawa kepada penyelesaian yang sempurna pada masa akan datang.
Penundaan Dalam Muzik dan Penantian Orang Kristian
Dalam muzik, peranan penundaan sangat penting dalam meningkatkan keindahan keseluruhan karya muzik. Jika setiap ketegangan diselesaikan dengan serta merta tanpa ada penundaan, muzik akan kehilangan dinamik dan daya tarikannya. Penundaan memberikan ruang untuk mendalami dan menikmati perjalanan ke arah penyelesaian.
Demikian juga, penundaan dalam pengenapan janji keselamatan memberi peluang kepada orang percaya untuk berkembang dalam iman mereka. Walaupun Kristus belum datang kembali dan janji keselamatan belum sepenuhnya digenapi, tempoh penantian ini adalah masa pertumbuhan rohani. Semasa dalam penantian penundaan ini, kita diajar untuk bersabar, bekerja dalam dunia ini dan untuk menjadi saksi kepada orang lain.
Penundaan ini digambarkan seperti ada tertulis pada Yoel 2:13
13 and rend your hearts and not your garments.” Return to the LORD your God, for he is gracious and merciful, slow to anger, and abounding in steadfast love; and he relents over disaster.
Joel 2:13
Dalam ayat ini, kita dapat merujuk kepada kisah Nabi Yunus sebagai contoh. Nabi Yunus yang pada mulanya tidak berniat untuk melakukan perintah Allah malah mencuba untuk menjauhkan diri dari Allah supaya penduduk kota Niniwe tidak dapat mendengar pesan dari Allah lalu bertaubat, kerana Nabi Yunus tahu bahawa Allah itu penuh kasih dan tidak suka menghukum dan sekiranya penduduk Niniwe itu bertaubat, beliau tahu yang sudah pasti Allah akan mengampuni mereka dan memberikan peluang kepada penduduk Niniwe untuk kembali kepada Allah.
Selain itu, kita juga dapat merujuk penundaan ini dalam 2 Petrus 3:9
9 The Lord is not slow to fulfill his promise as some count slowness, but is patient toward you, not wishing that any should perish, but that all should reach repentance.
2 Peter 3:9
Seperti penundaan dalam muzik yang membuat muzik itu indah dan mempunyai makna dalam pembuatannya, penundaan dalam janji Tuhan memberikan ruang untuk pertumbuhan rohani. Penundaan ini menjadikan lebih ramai orang menerima keselamatan dan membolehkan orang percaya hidup lebih lama dalam usaha melakukan kebaikan kerana keselamatan mereka yang didapatkan melalui iman.
Penundaan dalam alkitab ini sering terjadi sebenarnya, salah satu contoh ialah dalam kitab kejadian Allah berjanji bahawa keturunan Hawa akan meremukkan kepala ular. Ini adalah janji Allah bahawa suatu masa nanti Iblis pasti akan dikalahkan, dan ini telah digenapi pada masa perjanjian baru. Namun begitu, selepas semua itu sudah selesai, orang-orang percaya tidak serta merta dibawa ke syurga melainkan masih tinggal di bumi dan inilah penundaannya; yang akan diselesaikan pada masa kedatangan Tuhan Yesus yang ke-2 kali.
Walaupun menunggu itu memeritkan, apalagi penantian selama ini ditunda, ini lagi sakit. Contohnya menunggu makanan siap untuk dihidangkan selepas dipesan, atau pada masa kita menunggu masa untuk berlepas dalam penerbangan ke tempat lain melalui jalan udara, lalu ditunda, pengalaman ini saya pasti sangat mengecewakan dan perit. Namun begitu, sekali lagi penundaan dalam konteks rohani membolehkan kita untuk bertumbuh. Ini memberikan kita peluang untuk lebih bersabar, membina iman kita, dan memberi ruang untuk orang lain untuk mengalami kasih Tuhan. Seperti dalam muzik, penundaan membuatkan penyelesaian yang akan datang nanti akan menjadi lebih bermakna dan membawa kepuasan yang lebih mendalam.
Penyelesaian Dalam Muzik dan Penggenapan Keselamatan
Dalam muzik, penyelesaian berlaku apabila melodi dan harmoni mencapai suatu tahap ketegangan yang ditamatkan. Ini dapat memberikan sebuah kepuasan dan kelegaan kepada pendengar dan penyelesaian inilah matlamat kepada setiap ketengangan yang berlaku dalam muzik.
Dalam konteks kehidupan orang percaya, penyelesaian ini merujuk pada penggenapan sepenuhnya janji keselamatan oleh Tuhan yang hanya akan berlaku apabila Kristus datang datang untuk yang ke-2 kali. Pada waktu itu, semua penderitaan, dosa dan ketidakadilan akan diselesaikan. Orang percaya yang setia akan mengalami kebahagian yang sempurna bersama kehadiran Tuhan di Syurga.
Namun begitu, kehidupan harian kita sebagai orang percaya tidak hanya menantikan penyelesaian itu sahaja. Dalam proses menunggu penyelesaian itu, kita sebagai orang percaya dipanggil untuk terus berbuat baik dan hidup setia dalam iman. Proses ini juga adalah sebahagian daripada ketegangan dalam hidup rohani kita; menunggu tetapi terus berjuang dalam iman.
Alkitab juga mencatat penyelesaian ini seperti dalam Wahyu 21:4
4 He will wipe away every tear from their eyes, and death shall be no more, neither shall there be mourning, nor crying, nor pain anymore, for the former things have passed away.”
Revelation 21:4
Ayat inilah penyelesaian sempurna yang ditunggu-tunggu oleh orang percaya iaitu segala ketegangan, penderitaan dan penantian akan berakhir dalam sukacita bersama Tuhan di Syurga. Ini bagaikan saat terakhir dalam sebuah karya atau buatan muzik yang panjang, iaitu segala unsur ketegangan akhirnya terjawab, menghasilkan harmoni yang indah dan kekal.
Sebagai penutup, melalui penulisan saya ini, kita dapat melihat macam mana muzik ini bukan hanya sekadar alunan not-not, tetapi merupakan cerminan kepada perjalanan iman Kristian yang penuh dengan ketengangan, penundaan dan penyelesaian. Sebagaimana dalam sebuah komposisi muzik, iaitu ketegangan membawa kita kepada penyelesaian yang indah begitu juga dalam kehidupan rohani; ketegangan dan penantian memberi ruang untuk kita bertumbuh dan membentuk diri.
Dalam kehidupan sehari-hari, cabaran dan ketidakpastian pasti akan menguji kesabaran dan harapan kita. Namun begitu, sama seperti melodi yang membina keindahan melalui harmoni dan ketegangan, orang percaya dipanggil untuk menghayati setiap fasa dalam iman dengan kesabaran dan ketekunan. Ketegangan bukanlah pengakhiran, tetapi hanya sebahagian daripada rancangan Tuhan untuk membawa kita kepada penyelesaian yang penuh damai pada masa yang telah Dia tetapkan.
Oleh itu, marilah kita merenung; bagaimana kita dapat menghayati muzik-muzik penyembahan dan pujian dalam hidup kita? Bagaimana kita boleh menari dalam ketegangan dalam masa sama menunggu penyelesaian janji dari Allah? Saya berharap kita dapat menghargai setiap saat dalam perjalanan rohani kita, dan dengan sabar menunggu hingga Tuhan menyempurnakan lukisan hidup kita menjadi suatu pekerjaan atau karya yang indah.