EMBRACING HUMILITY: A BIBLICAL PERSPECTIVE ON SELF-CENTERED
Rediscovering Inner Strength in an Age of Self-Centeredness. The idea of "Don't think highly of yourself".
3 For by the grace given to me I say to everyone among you not to think of himself more highly than he ought to think, but to think with sober judgment, each according to the measure of faith that God has assigned. 4 For as in one body we have many members, and the members do not all have the same function, 5 so we, though many, are one body in Christ, and individually members one of another. 6 Having gifts that differ according to the grace given to us, let us use them: if prophecy, in proportion to our faith; 7 if service, in our serving; the one who teaches, in his teaching; 8 the one who exhorts, in his exhortation; the one who contributes, in generosity; the one who leads, with zeal; the one who does acts of mercy, with cheerfulness. Romans 12:3-8
Ditekankan dalam ayat yang ke-3 supaya setiap individu antara kita yang percaya untuk tidak berfikir bahawa kita ini adalah orang yang penting atau tinggi daripada yang sepatutnya. Penekanan supaya kamu tidak think highly of ourself ini berlanjutan dengan ayat seterusnya yang membincangkan tentang hidup dalam komuniti, saya percaya tidak ada orang yang mampu untuk hidup dalam komuniti dengan baik jika dia memikirkan dirinya lebih tinggi dari yang sepatutnya. Dalam ayat sebelumnya dikatakan bahawa fikiran kamu sudah diperbaharui. Fikiran apa yang baharu? Iaitu, bahawa kamu tidak lagi menganggap diri kamu tinggi dari yang sepatutnya sebab dari sini kamu tahu bagaimana sebenarnya hidup dalam komuniti. Jadi sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan think highly of yourself ini?
Manusia sangat perlu untuk mempunyai perasaan mampu menganggap diri sebagai sebahagian dari sebuah komuniti, ‘saya bahagian daripada sebuah kelompok iaitu saya ada dan saya juga tidak lebih tinggi dari yang lain’. Ini sangat kontra dengan yang kamu ketahui secara umum bahawa kau harus mempunyai keinginan untuk berjaya. Saya tidak mengatakan kau tidak perlukan yang disebut ‘keinginan untuk berjaya’, tetapi saya mahu kau melihat perspektif yang berbeza. Kadang-kadang susah untuk kau mempunyai sudut pandang yang berbeza sebab kau selalu fikir kalau sudut pandang kau itu benar dan kebal terhadap kritikan serta yang kau perlukan cuma tambahan informasi. Ini bukan mengindikasikan kau itu kurang bijak tetapi kau lebih cenderung menolak untuk mengubah cara pandang dari kebiasaan pola berfikir kau. Inilah sebabnya dan inilah yang dimaksudkan dalam ayat ke-2, iaitu mengubah cara fikir dari yang diketahui secara umum (keinginan supaya berjaya dan dipandang tinggi masyarakat) kepada tidak memandang tinggi diri kau lebih dari yang sepatutnya.
Saya berharap pembaca dapat menangkap apa yang saya maksudkan, tinggalkanlah pola fikir kau yang lama itu dengan cara berfikir yang baharu ini. Bezanya, pemikiran kau yang lama itu bersifat self-centered, tidak mahu berfikir kalau seluruh apa yang ada adalah milik Tuhan. Pemikiran seperti Ini akan menimbulkan perasaan bahawa dunia ini neutral, kau boleh menafsirkan, menggunakan, memikirkan dan menyusun tentang cara memahami alam dengan sesuka hati kau. Jangan salah faham, saya juga suka dengan pemikiran yang saintifik namun, kebiasaan orang pada zaman ini memahami kalau cara berfikir dengan saintifik adalah berlawanan dengan konsep ketuhanan. Contoh pemikiran yang terkenal sekarang ialah, ‘jika kau sudah faham bagaimana memahami alam dengan penyelidikan akademik dan saintifik, maka kau tidak perlu Tuhan’. Ini adalah kesalahan pemikiran yang kau miliki sebelum ini, kau akan memahami bahawa berilmu itu berlawanan dengan beriman. Saya percaya kalau berilmu tidak semestinya tidak boleh beriman begitu pula sebaliknya, kita tidak boleh hilang pertimbangan (rasional) diri dalam beriman begitu juga kita tidak boleh keterlaluan (fanatik) dalam berilmu sehingga meninggalkan iman.
Apabila kau memahami bahawa segalanya adalah milik Tuhan maka kau tahu bahawa ada cara Tuhan yang perlu difikirkan dan harus dilakukan. Cara Tuhan bukanlah cara kau maka akan ada komitmen asas yang perlu kau ubah iaitu melakukan apa yang Tuhan kehendaki dan bukan yang kau kehendaki sebab Tuhan mencintai kau jadi segala yang Ia kehendaki tidak mungkin buruk bagi kau untuk dilakukan. Dengan posisi fikiran seperti ini kau akan mempunyai kegigihan untuk melakukan apa sahaja yang Tuhan kehendaki, berbeza dengan posisi fikiran sebelumnya. Jika kau berada di posisi pemikiran sebelumnya, kau boleh sahaja menjadi kaya-raya, berjaya dalam pekerjaan dan boleh menjadi orang yang paling berjaya dalam menghasilkan duit tetapi kelemahanya kau tidak akan pernah memahami bagaimana kayanya aspek kehidupan sebagai manusia, tidak mengetahui adanya kepenuhan kedamaian dan sejahtera, sukacita, pengharapan serta kemampuan meratap di dalam kesedihan yang dimiliki jika kau berada di posisi pola fikir yang baharu ini.
Dunia yang Ideal
Sebagai orang yang beriman, kau percaya bahawa Allah adalah Allah yang baik dan apa yang Ia rancang adalah demi kebaikan manusia. Sedangkan godaan dari Iblis membuat kau ragu dengan mempertanyakan kebaikan yang Allah lakukan; ‘Kalau Allah baik kenapa buat B sahaja kenapa tidak buat A, dan kalau benar Ia baik kenapa hidup saya seperti ini kenapa tidak begitu?’ Ini adalah contoh godaan yang akan membuat kau tidak akan pernah mengalami ketenangan hati.
Ada masa-masa ketika kau akan merasa kalau dunia kau ini tidak ideal, padahal dalam masa sama kau sendiri tidak tahu bagaimana dunia yang ideal itu, kau mengatakan; ‘hidup saya sangat menderita sebab tiada duit’, tapi adakah hidup yang baik itu mempunyai duit yang banyak, itukah pemahaman idealmu? Kau tidak faham; kadang-kadang kita fikir kalau kita punya sebuah keadaan yang diubah sebelumnya miskin menjadi kaya, sebelum ni bida menjadi handsome, sebelum ini single pastu ada pasangan, ‘nanti saya akan bahagia’.
Sedar atau tidak sedar kau sedang mereka bentuk sebuah dunia ideal versi kau sendiri, tetapi apabila dijalankan sama juga tidak seideal yang kau fikirkan ideal itu. Ini akan menjadikan kau hilang pengharapan. Sering kali kau tidak tahu dan tidak sedar yang sepanjang hidup kau akan bergerak dari keadaan yang tidak ideal kepada keadaan tidak ideal yang lain, kau tidak bergerak kepada keadaan yang lebih baik tetapi bergerak dari keadaan struggle ke keadaan struggle yang lain.
Tanggungjawab Dalam Keputusan
Kau berfikir kau tahu apa yang akan membuat kau selesa dan tenang. Tapi kau sendiri tidak tahu apa yang membuat kau yakin bahawa fikiran kau itu benar. Mungkin Kau menjawab; ‘sebab saya merasa begitu dan ini bagus’. Perkataan ‘merasa' tidak menjamin, berikan penjelasan kenapa. Kau harus berfikir untuk memberikan argument daripada menggunakan perasaan.
Kau mungkin tidak sedar dengan hanya ‘perasaan’ itu adalah masalah. Tapi ketahuilah zaman sekarang mendidik kau untuk tidak bertanggungjawab, oleh itu kau menggunakan ‘perasaan’ dalam berargument. Ketika kau megatakan ‘perasaan’ ini baik tetapi setelah dilakukan ternyata tidak baik, kau akan lari dengan mengatakan; “Inikan hanya ‘perasaan’”. Ini tidak baik sebab kau berada di dalam keadaan perbincangan yang lari dari tanggungjawab.
Mengubah Cara Berfikir
Kau harus faham apa yang baik menurut Tuhan. Sekiranya kau tidak tahu apa yang baik, kau akan susah untuk kejar tujuan hidup yang benar. Cara berfikir kau haruslah berpusat pada Tuhan dan tidak boleh menganggap diri kita lebih tinggi dari yang sepatutnya. Ini akan sangat membantu kau hidup dalam komuniti dan mengasihi sesama.
Mencari Arah Hidup yang Benar
Ketika kau mencari arah hidup yang benar, kau harus mempunyai banyak pilihan di dalam hidup kau yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Kau tidak boleh terjebak dalam satu cara berfikir yang sempit dan kaku. Kau harus selalu sedar bahawa hidup ini bukan hanya tentang kehidupan kau yang nyaman tetapi juga tentang mengasihi sesama.
Kelemahan orang pada zaman ini adalah tidak mempunyai banyak pilihan sebab semuanya ada pada telefon mereka dan hanya itu pilihan gaya hidup yang mereka tahu terutamanya “video game” dan “pornografi” serta sebagainya. Kehidupan yang “stagnant” atau kaku ini menjadikan mereka ini mudah ketagihan dengan perkara yang satu-satunya mereka tahu lakukan. Ini menjadikan mereka tidak pernah faham akan kebebasan dan keindahan serta kelimpahan dalam hidup.
Tiada guna mempertahankan hidup yang seperti mati,
Lebih baik cepat mati tetapi hidup dengan berghairah,
Daripada hidup lama tetapi tidak melakukan apa-apa,
Hidup hanya beberapa tahun tetapi dikenang sejarah,
Itu jauh lebih baik,
Hidup panjang dengan mengurung diri (tidur dan tidak melakukan apa-apa),
Untuk apa? itu hal yang bodoh!,
Mematikan diri dengan cara mempertahankan diri supaya hidup lama,
Namun pada akhirnya mati juga.
Fikirkan Kehidupan yang berlimpah,
Kejarlah itu,
Jangan dibatasi oleh ketakutan,
Kau boleh takut silakan,
Tetapi takut mestilah ditangani,
Tangani takut jangan jadi penakut,
Orang penakut mati hidupnya.
Mengetahui kehendak Tuhan dan mencari arah hidup yang benar memerlukan pemahaman yang mendalam tentang apa yang baik menurut Tuhan. Kau harus belajar melalui teologi dan mengubah cara berpikir kau supaya berpusat pada Tuhan. Dengan cara ini, kau dapat mencari pilihan-pilihan yang lebih baik dan hidup sesuai dengan kehendak Tuhan, bukan hanya mempertahankan hidup kau sendiri. Hidup yang benar adalah hidup yang sesuai dengan kehendak Tuhan dan memberkati orang lain di sekitar kita.
Dalam konteks ayat yang saya tampalkan di atas, ini mengajarkan kita untuk tidak terlalu memandang tinggi diri-sendiri. Ayat ini sahaja sudah memberikan pelajaran berharga untuk kita supaya dapat mengatasi takut, ketagihan, dan kesombongan dalam kehidupan kita.
Jangan Memandang Diri Terlalu Tinggi
Ayat ini mengingatkan kita untuk tidak memandang diri kita sendiri terlalu tinggi. Ini tidak membawa maksud kita mesti meremehkan diri sendiri tetapi lebih kepada menghindari kesombongan dan ego yang berlebihan. Antara poin untuk kita menghindari sifat ini;
Ketakutan dan Ketagihan
Ketakutan yang melampau dapat mempengaruhi cara hidup yang kau jalankan. Apabila seseorang terlalu takut untuk mengambil risiko atau terjebak dalam satu gaya hidup yang kaku, ini mampu mengarah kepada ketagihan.Melakukan Pilihan yang Lain
Bagi mengelakkan ketagihan, kau perlu mencari dan melakukan pilihan lain dalam kehidupan kau. Hal ini juga berlaku dalam konteks agama. Dalam Kekristianan, Tuhan menawarkan banyak hal yang pelbagai, dan kita perlu menjelajahi semuanya itu seboleh-bolehnya.Mengatasi Ego
Antara pesan utama dalam konteks ayat yang saya nyatakan di atas adalah untuk mengatasi ego. Seharusnya kau tidak menganggap diri kau lebih penting dari orang lain atau mengaharapkan perhatian yang khusus. Ini juga akan berlaku dalam hubungan komuniti di sekitar kau.Mengendalikan Fikiran
Ayat ini juga memberikan penekanan bahawa pentingnya untuk menguruskan fikiran. Kau harus belajar untuk berhenti berfikir fikiran yang meremehkan orang lain atau berfikir diri kau lebih baik dari orang lain.Sejajar dengan Masyarakat
Manusia adalah makhluk ciptaan yang sangat memerlukan sosial dan ayat ini mengingatkan pada kita supaya harus menjadi seorang yang “kompatibel” atau “adaptive” dalam komuniti masyarakat. Hati yang terlalu tinggi atau merasa kau lebih penting dan hebat dari yang lain mampu merosakkan hubungan sosial kau.Menghargai Kemanusiaan
Menjadi manusia yang seutuhnya, yang hidup penuh kelimpahan, memahami kebebasan dan keindahan dalam hidup yang benar (Berpusat pada Tuhan) itu adalah sangat penting. Kau harus terus menerus berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik, bukan hanya berfokus pada pencapaian kewangan atau kejayaan yang material.
Kesimpulan
Akhir sekali, kita mesti dengan rendah hati mengakui ketidaksempurnaan kita dan menerima perubahan. Transformasi bermula dengan mengiktiraf keperluan kita untuk pertumbuhan. Sama seperti berlian memerlukan penggilap untuk mendedahkan kecemerlangannya, kita bergantung pada pengaruh iman dan masyarakat untuk menjadi versi terbaik diri kita sendiri.
Kesimpulannya, proses mengubah minda kita bergantung pada iman, masyarakat, dan kesedaran diri. Dengan memeluk ajaran Kristus, kita dapat memanfaatkan potensi besar kita untuk pertumbuhan peribadi dan menyelaraskan kehidupan kita dengan rancangan ilahi Tuhan. Marilah kita terus menerima pengaruh transformatif iman dan masyarakat, memupuk kasih sayang, kerendahan hati, dan perpaduan dalam perjalanan Kristian kita.