4 though I myself have reason for confidence in the flesh also. If anyone else thinks he has reason for confidence in the flesh, I have more: 5 circumcised on the eighth day, of the people of Israel, of the tribe of Benjamin, a Hebrew of Hebrews; as to the law, a Pharisee; 6 as to zeal, a persecutor of the church; as to righteousness under the law, blameless. 7 But whatever gain I had, I counted as loss for the sake of Christ. 8 Indeed, I count everything as loss because of the surpassing worth of knowing Christ Jesus my Lord. For his sake I have suffered the loss of all things and count them as rubbish, in order that I may gain Christ 9 and be found in him, not having a righteousness of my own that comes from the law, but that which comes through faith in Christ, the righteousness from God that depends on faith
Philippians 3:4-9
Dalam iman orang Kristian (terutamanya Protestan) jika membaca ayat ini pasti sedang membahas topik bahawa manusia selamat bukan disebabkan perbuatan tetapi hanya kerana anugerah Tuhan atau sola gratia. Walaupun bagi saya pernyataan ini benar jika dipandang dari perspektif Protestant, maksud saya bahawa manusia memang selamat hanya kerana anugerah Tuhan. Tetapi kali ini, saya mau kita melihat semula dan melihat lagi apa pengajaran yang diajarkan melalui Firman Tuhan ini.
Dalam ayat ini, sebenarnya Paulus sedang menekankan sesuatu yang lebih penting daripada keselamatan manusia. Sebagai manusia yang berdosa kita mesti akan tertanya, “apa yang lebih penting daripada keselamatan?”. Betul bahawa keselamatan itu penting tetapi ada hal yang tidak kurang penting daripada keselamatan dan yang menyertai keselamatan iaitu kesudahan manusia selepas diselamatkan. Ini kerana keselamatan itu harus dilihat dari dua haluan iaitu;
Kita diselamatkan dari apa?
-manusia diselamatkan daripada dosa
-manusia diselamatkan daripada nafsu
-manusia diselamatkan daripada maut
-manusia diselamatkan daripada setan
-manusia diselamatkan daripada berhala palsu
-manusia diselamatkan daripada tuhan-tuhan pada zaman sekarang (duit, harta dan sebagainya)
Kita diselamatkan kepada apa, kepada siapa?
Jika kita menjawab untuk persoalan ini dengan mengatakan kita selamat dan menuju ke syurga. Bagi saya, jawaban seperti ini kurang tepat menggambarkan kita menurut kitab suci, persoalannya bukanlah tempat kita di mana, sebab tempat tidak sepenting dengan keadaan kita. Manusia tidak mungkin berharap mau masuk syurga tetapi tidak berharap akan adanya perubahan diri. Contohnya, sebelum percaya Tuhan Yesus, kau adalah seorang pencuri, setelah menjadi percaya tetap juga pencuri dan mengatakan yang penting saya mati masuk syurga, ini mustahil. Ini kerana, keadaan kita di dalam Tuhan itu lebih penting dan apa yang kita nikmati iaitu berada dalam syurga bersama dengan Allah yang bertakhta adalah keadaan tambahan yang memang akan kita miliki setelah kita meninggalkan dunia ini.
Namun begitu, berada bersama Tuhan di syurga itu sudah pasti menjadi milik kita setelah kita meninggalkan dunia ini, tetapi bukan hal ini yang paling penting. Yang paling penting ialah, dari sekarang kita mengetahui dan mengenal siapa Allah kita. Sehingga kita hidup bukan lagi dengan kuasa kematian tetapi dengan kuasa hidup yang daripada Tuhan. Dalam perjanjian lama, salah satu nama Allah yang Allah nyatakan ialah Ell Hay (Yosua 3:10) yang bermaksud Allah yang hidup. Dialah sumber dari yang hidup. Ada peristiwa yang tercatat dalam alkitab iaitu ketika orang saduki (orang yang tidak percaya adanya kebangkitan) [Matius 22:23-46] bertanya kepada Tuhan Yesus tentang siapakah yang akan menjadi suami kepada seorang perempuan yang telah kematian suaminya berkali-kali?. Dalam hal ini, Tuhan Yesus menjawab tidak hanya untuk memuaskan pertanyaan itu tetapi dalam masa sama memberikan sindiran. Ini disebabkan isi pertanyaan itu adalah si penanya tidak percaya dengan kebangkitan. Maka Tuhan Yesus mengatakan selain dalam kebangkitan tiada lagi hubungan perkahwinan, Ia melanjutkan dengan berkata kalau kamu membaca kitab suci,(orang Saduki hanya percaya pada lima kitab, Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan dan Ulangan) kamu dapat apa dari pembacaan kitab? Allah menyatakan diri sebagai Allah Abraham, Ishak dan Yakub, dan kamu percaya Allah dengan sebutan apa? Sebutannya El hay, Allah yang hidup. Jika Dia adalah Allah yang hidup kenapa nama Allah El hay (Allah yang hidup) diidentikan dengan Allah Abraham, Ishak dan Yaakub? Ini merupakan suatu analogi yang sangat logik sebenarnya. Salah satu nama Allah di dalam Taurat ialah Ell Hay Allah dari yang hidup, nama lain bagiNya ialah Allah Abraham, Ishak dan Yaakub, kesimpulannya Abraham, Ishak dan Yaakub masih hidup.
Tapikan Abraham, Ishak dan Yaakub sudah meninggal, kenapa dianalogikan dengan orang yang hidup? Ini kerana Abraham Ishak dan Yaakub akan bangkit. Maka Tuhan mengingatkan, jika kita percaya kepada Tuhan, kita akan hidup yang membawa maksud, yang menguasai kita adalah hidup dari Tuhan bukan kematian.
Pada akhir dari kehidupan kita, kita akan dibangkitkan dan ini bermaksud kita mempunyai keadaan baharu yang disebut sebagai keselamatan dari keadaan lama yang dikuasai oleh kematian menjadi keadaan baharu yang dikuasai oleh kehidupan dan sudah bermula dari sekarang bukan pada masa kita akan mati.
Ketika orang menjawab persoalan apa yang membezakan orang yang percaya dengan orang yang tidak percaya dengan berkata ketika orang mati, orang yang percaya akan masuk syurga dan begitu pula sebaliknya. Bagi saya, jawaban ini ada betulnya tetapi tidak terlalu penting. Yang lebih penting adalah, apa yang membezakan orang yang percaya dan tidak percaya sekarang? Jika persoalan ini tidak dapat dijawab, tidak ada gunanya memberitakan khabar baik (injil) kerana berita baik yang kita sampaikan tidak membuat orang berubah di dalam kehidupannya.
Apa kebaikannya percaya pada Yesus? Adakah kamu mengetahui jika hidupmu sedang dikuasai maut, dosa, hawa nafsu, berhala, allah palsu dan syaitan? kamu dikuasai oleh kuasa seperti itu, tidakkah kamu mau bebas dari semuanya ini? Jika kamu lepaskan semua itu dan menerima Yesus, kamu akan punya kehidupan baharu, hidup yang disertai Kristus, hidup di dalam umat yang telah Dia rancang dan persediakan dengan menyucikan mereka dengan darahnya. Maka ketika kita memberitakan injil, jangan lupa dengan aspek ini, berita baik membuatkan orang yang tadinya berada dalam keadaan lama menjadi baharu. Manusia lama dan manusia baharu, inilah yang harus kita fahami semasa kita membaca Kitab Filipi 3 ini.
Apa yang membezakan manusia lama dengan manusia baharu?
Adakah manusia lama tidak bertuhan?
Renungkan ini, sebelum Rasul Paulus bertaubat, Rasul Paulus juga sudah menjadi umat Tuhan. Bahkan, Paulus sendiri mengakui bahawa dia mempunyai kecemerlangan kerana Paulus merupakan bahagian dari umat yang sangat cemerlang. Seorang bangsa Israel yang sejati, disunat pada hari ke-8 dan merupakan suku Benyamin. Suku Benyamin adalah suku yang sangat disegani oleh orang Israel, walaupun jumlah suku ini adalah minor dalam bangsa Israel, seluruh suku lain dalam Israel tidak mampu untuk mengalahkan mereka. Perkara ini sangat membanggakan bagi suku Benyamin. Dengan kata lain, suku Benyamin diidentikan dengan zeal atau enthusiasm dengan kegigihan, dengan perasaan marah, cemburu dengan apapun yang membuat mereka marah dan selalu ingin menjadi yang paling cemerlang dalam segala hal. Maka suku Benyamin mempunyai kegigihan yang sangat besar.
Sebagai orang awam, ketika kita melihat ada orang yang sangat gigih, kita akan terus mau supaya dia menjadi seorang pemimpin kita. Hadamkan ini dengan baik, sesiapa yang menjadi pemimpin dia akan dihina oleh pengikutnya jika tidak mempunyai zeal atau enthusiasm. Ketika pengikut kamu melihat kamu malas dan tidak membuat sesuatu perkerjaan, tiada orang yang akan memandang engkau sebagai pemimpin. Jika alasan kamu, “saya diundi untuk menjadi pemimpin mereka, sebagai wakil rakyat, atau ketua sesuatu organisasi dan bukan saya yang menghendakinya”. Orang tidak akan peduli hal itu, mereka akan terus menghina kamu orang yang tidak mempunyai enthusiasm yang ditunjukkan dengan kegigihan.
Suku Benyamin identik dengan enthusiasm ini, mereka dengan bermati-matian mau melindungi tempat mereka bertarung dengan 10 suku Israel yang lain dan jika termasuk dengan suku imam-imam atau suku Lewi adalah 11 suku melawan 1 suku. Dalam kitab hakim-hakim suku-suku israel ini tidak dapat mengalahkan mereka. Mereka diidentikan dengan suku yang keras kepala, ketika bangsa ini menginginkan sesuatu mereka akan mengejarnya dengan mati-matian. Menghadapi realiti, saya selalu melihat kebanyakkan orang yang sudah percaya sekalipun (Kristian) tidak mempunyai kegigihan dan kesungguhan dalam menjalankan enthusiasm ini. Saya melihat sifat orang yang seperti ini macam bersifat lesu dan hanya mau melakukan apa adanya atau hangat-hangat tahi ayam, sambil berkata “kalau saya sudah memang begini, beginilah saya (secara ketentuan)”.
Inilah sebabnya, kita harus kembali kepada ajaran alkitab yang menekankan tentang enthusiasm namun begitu orang Benyamin punya enthusiasm yang salah, mereka dengan bersungguh-sungguh melindungi kelompok yang salah dan menyebabkan Allah murka kepada mereka lalu Tuhan memberikan mereka kekalahan dalam beberapa siri peperangan bahkan hampir sahaja pupus. Senjata yang digunakan oleh Suku Benyamin itu sangat mengerikan dengan kemahiran yang mereka punyai iaitu lastik (catapult). Tetapi disebabkan Allah murka dan berkata, kamu melindungi orang yang homoseksual, gay, pesta seks lelaki dengan lelaki serta lelaki dengan perempuan dengan sangat liar, maka Aku akan menghancurkan kamu. Pada akhirnya, suku Benyamin kalah dan hampir pupus kerana seluruh suku Israel yang lain bersumpah untuk tidak memberikan anak perempuan mereka kepada suku Benyamin, namun kerana kesedaran oleh suku-suku yang lain bahawa suku Israel tidak boleh musnah maka mereka memanipulasikan sumpah yang mereka buat dengan membuat pesta dan membiarkan anak-anak mereka diculik oleh suku Benyamin agar suku ini tidak pupus.
Inilah yang cuba Rasul Paulus sampaikan iaitu, Paulus dari suku Benyamin yang mempunyai kegigihan yang sangat tinggi, bukan orang yang malas, bukan orang lesu dan bukan orang yang cuma pandai memberikan perintah kepada orang lain. Secara konsep manusia lama atau secara dunia Paulus cuba sampaikan bahawa beliau sangat cemerlang dalam kegigihan dan keras kepala. Kita harus membezakan antara orang yang keras kepala dan gigih dan berjaya dalam kerjayanya, orang yang merasa dirinya keras kepala dan gigih tetapi sangat arrogant (sombong dan angkuh) sebab tidak membuat apa-apa kerja dan orang yang keras kepala dan gigih tetapi bodoh. Kita akan dapat membezakan jenis-jenis orang seperti ini seiring dengan umur kita, tidak perlu digoogle untuk mencari jawabannya.
Paulus menekankan hal yang secara dunia dan secara umum sangat dikagumi oleh manusia dengan memberitahu beliau orang Israel, orang yang gigih dari bangsa Benyamin dan tidak pernah malas membuat kerja seperti yang diinginkan oleh hatinya. Di mana dorongan hatimu? kerja apa? buat kerja tu. Apa cita-cita kamu, dan seberapa keras kamu sudah bekerja keras untuk mengejar hal itu? Ramai orang yang mengaku mereka sudah percaya tetapi sangat malas, bergerak malas, bekerja malas, belajar pun malas, mau buat apapun kerja malas, tidak mempunyai (target) sasaran, tidak mempunyai hasil, orang seperti ini mau jadi apa? Dunia jauh lebih bijak dalam hal ini, dan orang ini menjawab “inikan hal dunia, kita berserah kepada Tuhan, serahkan segalanya kepadaNya”, only by grace, ini pemahaman ajaran sola gratia yang salah, meraka memahami ajaran ini dengan memahami, kekuatan adalah dari luar kejayaan adalah dari faktor luar dan hanya tinggal claim dan menunggu. Ini bukan iman namanya, tatapi malas, Alkitab sangat membenci orang malas, maka berhati-hatilah jika kamu mengakui kamu adalah seorang Kristian dan malas, Tuhan akan membuang kamu. Tuhan tidak mahu ada umat yang hanya mau mengandalkan Tuhan tetapi langsung tidak berusaha untuk membuat sebarang pekerjaan dan pada akhirnya pengaruh syaitanlah yang menumpuk pada orang ini.
Sesiapa yang serius mengerjakan apapun, secara umumnya Tuhan akan memberikan berkatNya. Ini terjadi bukan sahaja kepada umatNya tetapi juga orang yang tidak percaya. Namun sungguh sayang, orang yang percaya kebanyakkan tidak mengejar hal ini. Makanya, jika kamu mempunyai cita-cita jangan pernah merasa lesu untuk mengejar, bermati-matianlah untuk mencapainya.
Seterusnya, dari pengakuan Paulus, beliau mengatakan beliau adalah orang ibrani asli dan adalah orang Farisi. Orang Farisi adalah kelompok yang paling giat jika dibandingkan dengan kelompok Saduki dalam pengajaran dan mengajar orang-orang tentang Alkitab. Orang Farisi sangat gigih dalam mengajar umat tentang alkitab dari rumah ke rumah. Di sini kita melihat Paulus cuba menekankan kegigihanya dan enthusiasm nya sebagai seorang Farisi.
Selain itu, sebelum Paulus menjadi orang yang baharu, beliau sangat gigih dalam menganiaya jemaat-jemaat Kristian yang mula-mula. Objektif beliau dalam menganiaya adalah untuk membersihkan tradisi Yahudi dari semua pelanggaran dan gigih dalam melakukan apapun yang perlu untuk membela agamanya.
Dalam ayat ke-8 ia mengatakan dalam mentaati hukum taurat yang begitu ketat, ia langsung tidak ada kecacatan dalam mentaatinya. Inilah kegigihanya yang cuba ia tunjukkan, ia menjadi sangat gigih kerana seorang bangsa Israel dan daripada suku Benyamin, selain itu ia juga adalah sebahagian dari kelompok yang paling ketat dari orang Farisi dan ia juga sangat gigih dalam mengerjakan semua perintah Tuhan di dalam hukum taurat.
Apa sebenarnya masalah di sini?
Sekali lagi, memang benar bahawa keselamatan bukan kerana perbuatan, tetapi apa yang Paulus tekankan di sini ialah, apa yang jadi tujuannya menjadi manusia dengan sangat berusaha bermati-matian untuk melakukan perbuatan ini. Ketika beliau masih melakukan semua ini, ia melakukannya untuk menunjukkan diri dengan segala kecemerlangannya dan bukan untuk menunjukkan Tuhannya. Yang dia lakukan bukan untuk menunjukkan Tuhan kerana beliau tidak menjadi imej of God. Inilah yang beliau tidak sedari kerana setakat pengetahuannya pada masa itu, Tuhannya adalah Tuhan yang kuat, maka ia merasa ia harus mempunyai kegigihan bagi menunjukkan kekuatanNya. Jadi yang ia ketahui sebelum ia bertaubat, hanyalah satu sisi tentang Tuhan dan ia bermati-matian melaksanakan sisi itu. Ia merasa Allah yang ia kenal memerlukan pelayanan seperti ini, pelayanan dengan kegigihan, Allah yang perlu dilayani dengan dibela, dilayani dengan perjuangan yang keras. Namun adakah ini yang paling penting?
Paulus menjelaskan, sebelum percaya, hal ini merupakan sesuatu yang sangat menguntungkan bagi beliau, tetapi sekarang ia menganggapnya kerugian kerana Kristus. Ia kini menyedari dengan kaedah seperti ini, ia tidak dibentuk menjadi seperti Tuhan kerana, ketika ia meninggikan Tuhan secara langsung dia juga ikut naik. Ketika dia mahu membela Tuhan dengan cara menghancurkan musuh, selepas musuh dihancurkan kelompok dialah yang naik. Jadinya yang ditekankan sini adalah kekuatan dan perjuangan dengan kekuatan, inilah yang dia ketahui tentang Tuhan.
Hal ini tidak salah, benar bahawa Allah itu sangat berkuasa. Tetapi Paulus menyedari bahawa pemahaman seperti ini cumalah sedikit tentang Tuhan. Allah yang berkuasa dan MahaKuasa itu adalah Allah yang benar dan sejati, tetapi bukan hanya tentang KeMahaKuasaanNya Allah yang Ia ada, jadi adakah lagi hal lain dari Allah yang Paulus tidak ketahui sebelum ini? Sisi Allah yang membuat ia merasa rugi kerana ia tidak pernah tahu Allah mempunyai sisi ini?
Sisi Allah yang paling penting.
Sisi Allah ini ialah sisi iaitu kasih memenangkan semuanya sehingga Allah rela hancur demi kasihNya. Hal ini tidak difahami oleh Paulus sebelum ia bertaubat. Ia tidak memahami maksud “Allah rela hancur demi kasih”, kerana ini adalah Allah dan tidak logik jika Allah melakukan hal seperti ini. Ia memahami, ia harus memperjuangkan gigih dengan cara menunjukkan Allahnya lebih hebat dari yang lain iaitu menunjukkan dia lebih hebat dari orang lain, ini adalah pemahaman dunia yang mana sebuah pertandingan sesiapa yang berjaya menjadi yang tertinggi akan menguasai seluruh sumber dan hal yang ada di dalam dunia, dengan cara inilah pemahaman Paulus tentang Allah sebelum ia bertaubat. Contohnya, Allah meluaskan kerajaanNya dengan menghapuskan semua pesaingnya iaitu menghapus dewa-dewa lain. Namun Paulus menyedari, hal ini tidak menambah satu aspek penting dalam dirinya iaitu aspek hubungan dan kasih. Semakin beliau gigih memperjuangkan Allahnya, semakin ia menjadi kering kasih. Ini menyebabkan dalam kegigihannya untuk memperjuangkan kebenaran Tuhan tidak ada kasih. Ia tidak faham akan hal ini kerana ia belum mengenal Kristus, dan selepas ia mengenal Kristus barulah ia memahaminya.
Paulus menyatakan di sini, setelah ia mengenal Kristus barulah ia sedar kalau segala sesuatu yang ia perjuangkan selama ini dengan gigih itu semuanya adalah hina. Jadi sebenarnya kita harus berusaha dengan gigih untuk apa?
Tujuan berusaha dengan gigih.
Paulus menyampaikan, harusnya kita berusaha dengan gigih menunjukkan Allah yang rela mengasihi. Ini adalah sisi Allah yang paling penting. Sisi Allah yang MahaKuasa itu penting tetapi yang lebih penting ialah sisi Allah yang penuh dengan cinta kasih. Sedarilah bahawa Allah yang penuh dengan cinta kasih itu lebih penting, dan kepentingan paling besar dari manusia adalah untuk dikasihi oleh Tuhan. Aspek salib, inkarnasi dan aspek pengorbanan, ini semua adalah ekspresi kasih dari Kristus. Kita semua harus menjadi seperti Kristus, yang walaupun dalam wujud Allah, Ia tidak menganggap kesetaraanNya dengan Allah sebagai milikNya yang harus Dia pertahankan, tetapi Dia merelakan diriNya menjadi kosong menjadi sama dengan manusia dan menjadi hamba yang taat sampai mati di kayu salib.
Inilah sebabnya Allah meninggikanNya, kerana Dialah yang paling mampu menunjukkan sisi paling penting dari Allah. Paulus tidak sanggup menunjukkan sisi paling penting ini, kerana pemahamannya tentang Allah adalah sama seperti pemahaman yang selari dengan pemahaman dunia. Dalam pengertian Kristus, Allah lain dengan dunia ini, dunia sangat gigih dalam menghancurkan yang lain tetapi Allah dengan gigih rela menghancurkan diriNya supaya kita terlibat bersama untuk bekerja dalam rancanganNya [Gregory Nazianzus]. Inilah tanda cinta kasih, cinta kasih membuat seorang ibu rela mengandungkan anak dan melahirkannya, cinta kasih menjadikan ibu bapa kita rela menghadapi kesakitan untuk membesarkan anakknya. Bagi dunia hal seperti ini adalah bodoh, kerana sumber dalam dunia ini adalah terbatas.
Sebagai contoh, ketika seseorang datang meminta kepada orang yang tidak mempunyai sumber seperti sayur-sayuran, orang yang diminta itu mempunyai sayur tetapi tidak mempunyai sumbernya orang ini tidak mampu untuk memberikannya dengan lebih banyak. Tetapi jika, orang yang diminta itu adalah seorang petani moden yang mempunyai sumber sayur-sayuran yang banyak, sudah tentu orang ini akan dengan rela hati akan memberi sebanyak mungkin yang diperlukan, kerana ia mempunyai sumber maka ia rela menghabiskan dirinya untuk orang lain.
Kelimpahan sumber segala sesuatu menyebabkan Allah rela mengosongkan diri dan mengorbankan diri. Manusia tidak mampu untuk melakukan seperti Allah kerana manusia itu kosong dan terbatas sejak lahir, hanya mampu membanggakan hal-hal yang fizikal. Ketika Allah mengosongkan diriNya, ini tidak membuat Ia rugi.
Kesimpulan
Akhir kata, setelah kita mengakui kita mengenal Kristus, adakah kita memahami perbezaan antara dua aspek ini, manusia lama dan manusia baharu? Jika sebelum ini kita dikuasai oleh kuasa yang berani mematikan kita, berani untuk mematikan kerana kita berfikir inilah cara untuk memuliakan Allah. Makanya semakin kita mengenal Kristus, kita akan rela mengosongkan diri, makin penuh hidupnya kerana ia rela mengorbankan dirinya. Orang yang rela mengorbankan dirinya dalam pemahaman kasih Allah yang benar, adalah orang yang mempunyai kelimpahan yang tidak akan terganggu walaupun ia mengosongkan diri. Jadi jangan takut, jika kita di dalam Kristus kita akan memiliki kelimpahan hidup serta cinta Tuhan dan tidak akan habis walaupun kita rela kehilangan.