PENGENALAN
Secara ringkasnya Gap Theory dalam konteks penciptaan bumi atau dalam kejadian 1 ayat yang pertama dan ayat yang kedua iaitu diantara kedua ayat ini, terjadi suatu jurang atau masa kesenjangan yang panjang terjadi. Menurut teori ini, semasa Allah menciptakan langit dan bumi ini disebut sebagai penciptaan awal, dan penciptaan awal ini dikatakan telah rosak sehingga Allah harus melakukan semula penciptaan seperti semula sehinggakan ini merupakan gambaran dalam ayat kejadian 1:2 “formless and empty”. Saya sendiri, sewaktu saya masih belajar di highschool saya mempercayai teori ini tetapi baru mengenal atau mendengar konsep ini secara lengkap pada akhir tahun 2020. Sejujurnya, mungkin pada waktu sekarang teori ini sudah kurang terkenal kerana ada banyaknya kritikan dan beberapa ketidak konsistenan pandangan ini secara alkitabiah selain tidak mempunyai bukti yang kukuh malah bagi saya kelihatannya lebih memihak kepada Teori Evolusi. Namun ketika saya masih remaja, ajaran ini banyak diajarkan secara tidak langsung sehingga saya juga antara seorang yang memahami penciptaan bumi seperti ini yang sekaligus menyetujui teori evolusi.
KEJADIAN 1: 1 & 2
Sebelum saya menjelaskan semua ini saya mengajak kita membaca ayat ini terlebih dahulu,
In the beginning, God created the heavens and the earth. 2 The earth was without form and void, and darkness was over the face of the deep. And the Spirit of God was hovering over the face of the waters. Genesis 1:1-2
Dalam ayat pertama iaitu in the beginning atau pada mulanya, tapi pertanyaanya mulanya itu pada waktu bila, pada tahun bila? Sayang sekali kita tidak mengetahui secara tepat menurut alkitab tentang usia dunia ini. Setahu saya, pada tahun 1700 AD sehingga 1738 AD sahaja sudah ada kurang lebih 200 cubaan telah dilakukan untuk menentukan berapa usia bumi ini yang sebenarnya, dan dari kesemua penentuan itu dari umur paling muda iaitu 3483 BC sampailah kepada yang lebih tua iaitu 6984 BC, pengiraan-pengiraan ini tidak mempunyai keseragaman, para agamawan dan ahli teologi telah mencuba mempelajari dan menentukan berapa usia dunia kita ini. Ada banyak contoh sebenarnya dalam kalangan agamawan yang telah membuat pengiraan dan yang paling tertua diperkirakan bahwa dunia ini sekurang-kurangnya berumur 30k tahun. Ini menurut pengiraan para agamawan sahaja yang mana berlandaskan pada ceritera yang ada dalam alkitab. Namun begitu pengiraan umur bumi yang lebih tua adalah daripada kalangan para ilmuwan seperti penemuan fosil-fosil yang ada dalam perut bumi hasil daripada ujian radiokarbon. Ujian radiokarban adalah suatu kaedah atau alat yang digunakan untuk menentukan suatu artifak atau fosil atau barangan yang sudah lama dan antik. Dari penemuan mereka, umur dinosour sahaja sudah mencapai 230 juta tahun yang lalu, maka dengan ini tidak mungkin bumi baru berumur 35k tahun yang lalu seperti yang dikatakan oleh para ahli agamawan. Menurut para ahli Geologi juga, kerak bumi atau batu yang paling tertua ditemukan dan ditentukan umurnya sudah melebihi 4 million tahun hasil dari ujian radiokarbon. Ahli geologi secara ringkasnya ialah pengkaji batu dan struktur bumi.
PANDANGAN TEORI KEMUNCULAN/PENCIPTAAN BUMI
Ada banyak sarjana samaada dari kalangan ahli theology atau ahli ilmuwan telah mengutarakan pandangan atau teori masing-masing tentang awal mula alam semesta ini. Dalam kalangan sarjana agamawan, alam semesta ini adalah dimulai dengan penciptaan. Akan tetapi, dalam kacamata para ilmuwan mereka telah menolak teori atau idea permulaan alam semesta itu dimulai dari penciptaan dan mengajukan teorinya tentang penciptaan iaitu daripada letupan atom big bang yang terjadi kira-kira 13.7 million tahun yang lalu. Namun begitu, teori big bang tidak menjelaskan fakta penciptaan, kalau benar letupan atom yang besar menurut teori big bang itu terjadi, dari mana atom itu? Selain itu, kalau betul letupan itu terjadi, bila pula dunia terjadi? Sebab yang terjadi pada 13.7 million tahun yang lalu itu hanyalah letupan bukan terbentuknya dunia, lagipula jika dilihat dari pandangan para agamawan usia dunia masih pendek.
Ini menjadi masalah, kerana para agamawan yang mencuba menentukan usia bumi sangat berlandaskan alkitab, dan alkitab hanya mencatatkan kronologi silsilah atau urutan suatu keturunan atau kronologi sejarah penting yang terjadi, jika tidak penting tidak akan tercatat, ada banyak kehidupan yang ditinggalkan di dalam catatan-catatan alkitab. Jika demikian, macam mana boleh menentukan usia bumi hanya dengan catatan kronologi yang terbatas di dalam alkitab.
Dari sudut ilmu pengetahuan pula, kita mau percaya yang mana? Sebab para ilmuwan sendiri mempunyai pendekatan yang berbeza-beza dalam menentukan usia dunia. Dalam History of Solar System menyatakan dalam pengiraan-pengiraan ilmiah itu, setiap 15 tahun bertambah, yang bermaksud dalam kalangan para ilmuwan sendiri tiada kepastian. Dalam ilmu pengetahuan sendiri ada banyak kaedah yang digunakan untuk menentukan umur bumi dan mempunyai hasil yang berlainan, contohnya kaedah pertama dapat menentukan umur bumi 100 juta tahun, kaedah lain pula menghasilkan 20 ribu tahun. Selain itu, kebanyakkan ahli ilmuwan adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhan bahkan ada yang anti dengan sebarang yang dikaitkan dengan Tuhan. Maka dengan ini, jika mereka menemukan bahawa umur bumi adalah jutaan tahun, maka hasil itu akan dipublikasikan, sedangkan jika dengan kaedah lain menemukan hasil ribuan atau puluhan ribu tahun (sehingga sama dengan alkitab) maka hasilnya akan disembunyikan.
Oleh sebab itu, memang pandangan para ilmuwan sekalipun kita tidak dapat menemukan kepastian. Begitu juga dengan pengiraan-pengiraan yang dibuat berdasarkan alkitab, saya juga tidak percaya dengan pengiraan-pengiraan tersebut. Bagi saya, pengiraan seperti itu adalah usaha yang sia-sia sebab tidak tepat juga, namun setidaknya masih boleh dianggarkan.
UPAYA UNTUK MENJAJARKAN KEDUA SUDUT PANDANGAN
Dari kedua sisi pandangan kita dapat melihat bahawa pengiraan-pengiraan yang dibuat berdasarkan alkitab memberikan angka yang cukup mudah bagi menentukan usia dunia seperti yang dinyatakn diatas iaitu 30k tahun. Dari kalangan ilmuwan pula memberikan angka yang sampai bermillion tahun, ini sesuatu gap atau kesenjangan yang besar. Jadi macam mana mau atasi kesenjangan yang sangat besar ini? Oleh itu, muncullah upaya untuk menjajarkan kedua sudut pandang ini sehingga muncullah aliran yang disebut theistic evolution.
Theistic adalah orang yang percaya kepada Allah dan percaya bahawa dunia ini dan segala isinya adalah dimulai dari penciptaan Allah dalam masa yang sama menolak adanya kemungkinan berlakunya evolusi. Dengan kata lain, yang percaya pada alkitab adalah orang yang menolak theory evolution, dan orang yang percaya pada theory evolution menolak kesaksian alkitab iaitu segala sesuatu dimulai dari penciptaan.
Jadi fahaman theistic evolution ini adalah gabungan dari kedua pandangan ini. Teorinya adalah Allah memang menciptakan dunia ini tetapi tidak secara langsung dan segera, Allah menciptakan dan mengikuti setiap proses evolusi itu, sehingga bumi ini dan seluruh kehidupan di dalamnya memang diciptakan oleh Allah tetapi disebabkan proses evolusi juga terbabit sehinggakan ianya memakan masa sampai ratusan juta tahun. Jadinya, dua kebenaran yang ditemukan dari alkitab dan ilmu pengetahuan diterima. Salah satu upaya bagi mengharmonikan catatan alkitab dengan lain ilmu pengetahuan adalah dengan membuat sebuah teori, iaitu gap theory.
GAP THEORY
Seperti pada pengenalan, menurut para orang yang memegang fahaman theistic evolution dan gap theori, bumi yang ada pada kejadian 1:1 sebelum kejadian 1:3 itu adalah bumi yang sudah bermillion tahun dan manusia yang hidup pada zaman itu ialah manusia pra-Adam termasuk juga para dinosour yang hidup pada zaman itu. Ini disebut sebagai dunia atau bumi hasil ciptaan yang pertama. Banyak hal yang berlaku semasa diantara bumi ciptaan pertama dan ciptaan kedua dan dikaitkan dengan peperangan antara malaikat dan iblis yang diketuai oleh Lucifer sehinggakan peperangan itu dikatakan begitu hebat dan menjadikan bumi porak poranda seperti yang dikatakan dalam kejadian 1:2. Lalu Allah telah mencipta ulang dunia beberapa ribu tahun kemudian lalu mengisinya dengan pelbagai spesies dalam masa 6 hari . Itulah sebabnya, kita tidak pernah melihat dinosour yang secara nyata sebab kita sekarang ini hidup di bumi ciptaan kedua. Oleh sebab itu, ada ramai orang yang memegang teori ini percaya kalau Adam bukanlah manusia pertama, dan ada ramai manusia yang telah dicipta sebelum Adam. Adam adalah manusia pertama bagi dunia ciptaan kedua ini.
Dasar Gap Theory
Dalam kejadian 2:2 ayat ini dikatakan sebagai suasana dunia yang sedang dihukum yang mana perkataan tandus dan kosong atau bahasa ibraninya tohu wa bohu bukanlah suasana bumi yang telah dicipta sebabnya mana mungkin dunia yang telah siap dicipta dalam keadaan kosong dan tandus sebagaimana yang difirmankan Allah dalam kitab Yesaya 45:18 iaitu “ … Tuhan, yang menciptakan langit, membentuk bumi dan menegakkanya… dan Ia menciptakannya bukan supaya kosong, … tetapi untuk didiami…”.
Namun demikian, perkataan tohu atau kekosongan tidak selalunya bermaksud atau implikasi hukuman. Semasa penciptaan juga dikatakan bahawa penciptaan dimulai dari gelap gelita, dan ini sekali lagi digambarkan sebagai situasi penghukuman, sebab sedangkan Allah itu adalah terang, bagaimana Allah mencipta dalam kegelapan? Benar bahawa kegelapan itu boleh jadi kiasan untuk hukuman, tapi saya percaya kalau yang dikatakan gelap semasa penciptaan dunia itu adalah secara harfiah atau gelap yang kita fahami secara umum. Begitu juga dengan perkataan kosong, tidak selalunya adalah perkataan kiasan. Perhatikan petikan ayat alkitab di bawah jika perkataan seperti gelap dan kosong adalah bentuk kiasan atau harfiah;
He stretches out the north over the void
and hangs the earth on nothing. Job 26:7
16 Yours is the day, yours also the night;
you have established the heavenly lights and the sun. Psalms 74:16
Jika betul teori ini iaitu antara kejadian 1:1 dan kejadian 1:2 ada gap atau kesenjangan yang berjuta-juta tahun, adakah langit dan bumi dicipta dalam masa enam hari? Menurut teori ini, mereka percaya kalau langit dan bumi sudah ada ketika hari pertama dimulai, jadi ada kemungkinan langit dan bumi berusia berjuta tahun, sejajar dengan penemuan oleh para ilmuwan, ini sangat mungkin sebab Alkitab tidak pernah menentukan waktu itu.
Tapi, kalau langit dan bumi tidak ikut dicipta dalam masa penciptaan enam hari tersebut, tetapi sudah tercipta jutaan tahun yang lampau, perhatikan ayat di bawah yang akan sekaligus mematahkan argumen ini;
For in six days the LORD made heaven and earth, the sea, and all that is in them, and rested on the seventh day. Therefore the LORD blessed the Sabbath day and made it holy. Exodus 20:11
It is a sign forever between me and the people of Israel that in six days the LORD made heaven and earth, and on the seventh day he rested and was refreshed.’” Exodus 31:17
Selain itu, kalau betullah manusia pertama bukanlah Adam, bagaimana dengan firman Allah dalam 1 Korintus 15:45 yang berbunyi “seperti ada tertulis, Manusia pertama, Adam…”?
Ada satu hal lagi, perang yang dikatakan antara Iblis melawan Allah sangatlah heboh dan sangatlah sengit, seperti yang dipercayai dalam gap teori. Kalau betullah Allah itu Tinggi dan Berkuasa, perlukah peperangan yang sedemikian? Iblis juga adalah ciptaan, tidak mungkin Allah takut atau setara kekuatan dan kekuasaan dengan Iblis. Iblis memang kuat, tetapi sangat jelas kalau iblis bukanlah sama sekali tandingan Allah. Pandangan seperti ini, adalah pandangan yang terlalu merendakan Allah atau mensetarakan Allah dengan dewa-dewa yang lain. Syaitan memang hebat dibandingkan dengan manusia, tapi di hadapan Allah tiada apa-apanya, wajar kalau manusia takut pada Syaitan tapi kalau ada Tuhan di dalam kita, tidak perlu takut pada Syaitan.
Kesimpulannya gap theory adalah salah dan sama sekali mempunyai dasar yang tidak dapat dipertanggungjawabkan. Namun begitu muncul pula persoalan baharu, kalau betul teori ini lemah dan salah, maka bagaimana mengharmonikan usia bumi menurut penemuam para ilmuwan dan catatan alkitab?
Persoalan seperti ini muncul dan sedikit sebanyak berkait rapat dengan bagaimana menjawab dengan penemuan-penemuan ilmuwan yang selalunya tidak sejajar dengan iman atau catatan alkitab ini termasuklah menjawab persoalan seperti teori evolusi.
Ketahui kalau Alkitab memang adalah firman Allah dan pasti benar, namun alkitab bukanlah ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, Alkitab ditulis bukan untuk menjawab persoalan yang sepatutnya dijawab oleh para ilmuwan dalam kerangka atau kronologi tertentu. Walaubagaimanapun, sebagai sebuah buku ilmu pengetahuan seperti biology, astronomy, philosophy dan sebagainya tetapi ketika alkitab mencatat, tidak mungkin salah sebab catatan tersebut adalah Firman Allah. Bagi saya, saya mempercayai kalau ilmu pengetahuan bukanlah kebenaran yang mutlak, sebab pada bila-bila masa sahaja, penemuan baharu yang disebut sebagai ‘kebenaran’ dalam kerangka ilmu pengetahuan boleh sahaja berubah 180 darjah dalam waktu sehari apabila ada penemuan baharu ditemukan lagi.
Jika seandainya ilmu pengetahuan dengan semua penemuanya itu benar dalam kaedah mengetahui umur bumi yang sebenar bagaimana untuk mengharmonikan apa yang kita percaya dalam catatan alkitab?
Kita kena sedar, bahawa dunia ini diciptakan bukan dalam keadaan bayi tetapi dewasa. Sebagai contoh, Adam, beliau dicipta pada hari ke-enam, seandainya, andaian sahaja kalau pada hari ke-tujuh anda muncul di hadapan Adam dan melihat beliau, mesti anda hairan dan tertanya umur beliau berapa? Pertanyaan ini tidak penting tetapi yang pasti Adam tidak pernah jadi bayi. Dari sudut pandangan kita atau ilmu pengetahuan mesti Adam berumur pertengahan tahun, tetapi dari sudut pandang alkitab Adam baru berumur sehari, sebab baru kelmarin diciptakan. Begitu juga dengan umur bumi dan segala isinya sebab dalam masa enam hari penciptaan manusia dan segala isinya itu berlangsung.
Dengan demikian, adakah mungkin bumi dan segala isinya telah berumur lebih jutaan tahun? Ya itu benar tapi dari sudut pandang ilmu pengetahuan. Tetapi dari kaca mata penciptaan, atau alkitab, juga benar sebab bumi telah diciptakan dalam keadaan dewasa. Oleh itu, ilmu pengetahuan boleh betul, tetapi alkitab tidak mungkin salah.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, topik yang seperti ini sangatlah penting untuk dibahaskan sebab mungkin ramai orang yang masih tidak tahu kalau teori kesenjangan itu sebenarnya adalah salah jika ianya adalah suatu cobaan untuk menyatukan ilmu pengetahuan dengan iman terhadap ketuhanan.
Ingin saya tegaskan sekali lagi kalau alkitab mempunyai kebenaran yang tersendiri dan pasti tidak akan berlawanan dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sendiri adalah benar dari premisnya sendiri, demikian pula dengan catatan alkitab. Oleh itu, jangan percaya kalau ada ilmuwan atau ilmu pengetahuan yang mencuba menerangkan tentang apa-apa yang berkaitan dengan ketuhanan. Sebab kaedah yang mereka gunakan adalah sesuatu yang objektif dan tidak sesuai dengan premis menjawab sesuatu persoalan yang bersifat teologi. Ilmu pengetahuan boleh jadi benar, tapi kebenaran ilmu pengetauan tidak bersifat mutlak, sebab penemuan yang baharu boleh sahaja berlawanan 180 darjah dengan penemuan yang lain dalam sekelip mata.
Sebagai penutup, suka saya menekankan bahawa ilmu pengetahuan tidak mengajarkan kepastian, ilmu pengetahuan melatih akal budi untuk berani menyangsikan atau meragukan segala sesuatu termasuklah mempertanyakan iman. Segala sesuatu yang telah teruji melalui keraguan-demi keraguan akan menjadikanya kukuh, sama ada itu ilmu pengetahuan, atau itu pendapat sehari-hari atau juga itu iman kepercayaan kita sendiri.