27 So God created man in his own image,
in the image of God he created him;
male and female he created them.
28 And God blessed them. And God said to them, “Be fruitful and multiply and fill the earth and subdue it, and have dominion over the fish of the sea and over the birds of the heavens and over every living thing that moves on the earth.”
Genesis 1:27-28
20 The man gave names to all livestock and to the birds of the heavens and to every beast of the field. But for Adam there was not found a helper fit for him. 21 So the LORD God caused a deep sleep to fall upon the man, and while he slept took one of his ribs and closed up its place with flesh. 22 And the rib that the LORD God had taken from the man he made into a woman and brought her to the man. 23 Then the man said,
“This at last is bone of my bones
and flesh of my flesh;
she shall be called Woman,
because she was taken out of Man.”
24 Therefore a man shall leave his father and his mother and hold fast to his wife, and they shall become one flesh. 25 And the man and his wife were both naked and were not ashamed.
Genesis 2:20-25
Penekanan dalam kejadian 1 ialah Tuhan memberkati manusia dan menempatkan mereka di dalam bumi secara sepasang iaitu lelaki dan perempuan dan Tuhan memerintahkan mereka supaya bertambah banyak dan berkuasa ke atas semuanya itu.
Gambaran yang disebutkan dalam ayat 27 adalah gambaran manusia yang sangat indah kerana disamakan dengan gambaran Allah. Gambaran ini indah kerana Tuhan sudah menentukan atau mencipta manusia untuk saling mendampingi, mempunyai pasangan. Tuhan tidak menciptakan manusia hidup sendirian. Jadi dalam fasal 1 dari kitab kejadian ini sudah ditekankan bahawa nature atau sifat alami manusia itu adalah sosial. Dalam perintah Allah untuk beranak cucu dan penuhi bumi bukan sahaja bermaksud supaya manusia mempunyai keluarga, keturunan dan lain-lain tetapi juga menyampaikan mesej tentang kaum-kaum. Beranak cucu dan bertambah banyak membawa maksud akan adanya kaum-kaum, kelompok-kelompok yang terbentuk dari manusia yang berkahwin. Daripada manusia yang berkahwin, kemudianya akan beranak cucu dan terbentuklah kaum-kaum atau kelompok-kelompok.
Hal ini membawa maksud bahawa, dalam kehidupan sosial masyarakat adanya lapisan masyarakat yang tertentu, ada tahap-tahap dalam pergaulan manusia, ada kelompok yang luas untuk kita saling berkenalan dan mempunyai hubungan yang jauh. Contohnya, dalam satu-satu kota atau bandar, kita hidup di kawasan bandar ini iaitu ada manusia lain selain kita yang kita hargai sebagai manusia tetapi kita tidak punya hubungan yang terlalu dekat dengannya. Ini adalah orang yang kita kenal atau tidak kenal tetapi kita menghormati, menghargai dan memelihara haknya.
Maksudnya di sini, pengertian kelompok atau kaum, ada kelompok yang besar iaitu kita berhubungan secara longgar. Tetapi selonggar-longgarnya hubungan ini, Tuhan tidak mahu kita menghina kemanusiaan orang lain atau meniadakan mereka. Makanya, kita tidak boleh menganggap manusia yang lain itu lebih rendah, sebagaimana dalam beberapa fahaman atau falsafah dari German yang mengatakan kalau manusia itu terbahagi kepada super-human dan juga sub-human. Yang ditekankan dalam alkitab, manusia itu setara, tidak ada kelompok yang lebih tinggi daripada kelompok lain, semua orang adalah gambar Allah.
Dalam pemahaman manusia pada zaman sekarang, ini menjadi cabaran sosial. Ini kerana terkadang manusia pada zaman ini melihat sesuatu kelompok atau bangsanya sendiri itu lebih baik daripada kelompok yang lain. Konsep seperti ini sudah terbiasa pada zaman ini. Itulah sebabnya, di dalam pergaulan manusia secara sosial akan ada kelompok, suku, bangsa, orang yang lebih dekat dengan kita dan orang yang lebih jauh. Namun sekali lagi Allah menekankan orang yang paling jauh, orang yang terpisah dari kita secara bangsa dan bahasa dan tempat tinggal adalah tetap sesama kita manusia dan dilarang merendahkan orang apapun alasannya.
Namun, dalam kelompok yang besar itu adalah kelompok untuk kita menghargai sesama manusia, ini kelompok yang membuat kita berhubungan dengan orang lain sebagai sesama manusia. Namun ada juga kelompok yang lebih kecil yang membuat kita berhubungan dengan mereka sebagai kelompok yang lebih akrab. Jadi ada kelompok besar, ini adalah sesama manusia. Ada kelompok lebih kecil, yang mana tempat untuk kita menjalin hubungan pertemanan dengan mereka. Kita tidak boleh tidak punya kawan, ada lagi kelompok yang lebih kecil daripada pertemanan iaitu kelompok kita menjadi sahabat dari orang-orang itu. Dalam pengertian Yahudi, kelompok pertemanan yang paling rapat adalah persahabatan, seseorang itu rela mengorbankan nyawanya bagi orang lain, inilah maksud persahabatan. Hal ini tidak akan terjadi pada orang yang jauh walaupun mereka juga adalah sesama manusia.
Jadi ada tempat dan kelompok untuk kita mengakrabkan diri didalamnya, contohnya rakan sekerja dan kawan sekelas atau kawan kuliah. Kelompok ini namanya kawan, tetapi diantara kawan-kawan ini ada yang namanya sahabat, dan tahap dedikasi kita kepada sahabat semakin besar dibandingkan dengan kawan. Dan ini yang dikatakan sebagai kehidupan yang sihat, orang yang sihat adalah orang yang mempunyai sahabat. Lingkaran yang lebih luas, mempunyai kawan-kawan dan lingkaran yang lebih luas lagi, menghargai sesama manusia.
Jika kita gagal menghargai manusia, ada sesuatu yang harus diperbetulkan dalam kemanusiaan kita. Orang yang melihat suku lain sebagai bukan orang, adalah orang yang mempunyai masalah di dalam dirinya. Dan orang yang mempunyai masalah di dalam dirinya adalah orang yang mempunyai masalah dalam kemanusiaannya, orang ini tidak menyusahkan orang lain tetapi dia ada masalah dalam dirinya.
Dalam pemahaman Alkitab, manusia itu akan menjadi manusia jika dia menghargai sesama manusia, lingkaran yang paling luas, mempunyai pertemanan, lingkaran yang dekat, mempunyai sahabat dan lingkaran yang paling dekat adalah suami isteri. Sekiranya anda merasa kehidupan anda kosong dan kurang berbuah, salah satu aspek yang harus diselidiki ialah adakah anda sudah mempunyai sahabat? adakah anda mempunyai pertemanan?
Tuhan Yesus sendiri mempunyai pertemanan yang luas dan sahabat dekatnya iaitu 12 orang rasul. Pertemanan adalah tema yang besar di dalam Alkitab, persahabatan adalah tema yang penting di dalam Alkitab. Kemanusiaan kita tidak akan utuh jika tidak mempunyai teman dan tidak mempunyai sahabat.
Namun begitu, kelompok yang paling inti, paling intim dan paling dekat ialah perkahwinan. Dalam Kejadian 1, kelompok ini terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuma dua orang yang terdapat dalam kelompok ini. Jika, kita ingin memahami pernikahan, kita harus melihat dahulu peringkat kedekatan sesama manusia; peringkat kedekatan dari pertemanan, peringkat kedekatan daripada persahabatan dan perkahwinan mengalahkan semua itu.
Oleh itu, perlakukanlah pasanganmu dengan adil seperti anda memperlakukan sesama manusia. Jangan pernah memaki pasanganmu kerana kita juga dilarang memaki sesama manusia. Kita dengan sedar secara etika, kita tidak boleh memaki pada sesama manusia walaupun mereka itu orang yang jauh dari lingkungan kita, namun begitu kebanyakkan orang sekarang berani untuk mengatakan kata-kata makian kepada pasangannya yang jauh lebih dekat daripada orang awam. Ini bermaksud ada sesuatu yang harus diperbetulkan dalam konsep hubungan yang difahami oleh manusia pada masa kini, yang seharusnya paling dekat sekarang lebih longgar daripada yang paling jauh.
Alkitab memberikan pemahaman tentang keindahan hubungan suami isteri dan ada bandingan. Seindah apa sebenarnya perkahwinan? Begini, nikmat jika kita memperlakukan manusia sebagai sesama ada banyak contoh di dalam Alkitab, salah satunya kisah Abraham ketika ia sedang duduk-duduk dan melihat 3 orang asing melewati rumahnya. 3 orang asing ini adalah taha[ kelompok yang paling jauh sesama manusia, tiada kaitan hubunganya dengan Abraham hanya kaitan sebagai sesama manusia. Namun Abraham melayani orang asing ini dengan sepenuh hati. Ini cuma orang asing dan bukan sahabat, bayangkan bagaimana Abraham melayani sahabatnya. Jadi pertimbangkanlah hal ini, kita mau menikmati ada lingkaran yang paling luar iaitu sesama kita manusia, ada lingkaran dekat iaitu kawan dan kerabat biasanya kawan dan kerabat mempunyai peringkat yang sama, ada juga lingkaran terdekat iaitu sahabat dan adik-beradik. Biasakan punya kawan, orang tidak akan mampu untuk hidup kecuali dia punya kawan, dan perkawanan itu harus selalu telus.
Hubungan pertemanan itu menyenangkan untuk kita jalankan walaupun kita tidak dapat apa-apa daripada hubungan yang kita bangunkan. Kita mungkin menjalin persahabatan dengan orang biasa, jika kita mempunyai ketulusan dalam menjalin hubungan ini kita akan hidup bahagia. Ini mesti difahami dengan jelas, jika anda tidak mempunyai teman, ada sesuatu yang hilang didalam hidup anda, anda tidak mempunyai sahabat, ada yang hilang dalam hidup anda dan inilah yang harus dicari. Jika anda mengatakan, anda tidak mempunyai kawan sebab ramai orang yang menjengkelkan dan menyakitkan hati, anda harus berhati-hati jika majoriti kenalan anda semuanya menjengkelkan dan menyakitkan hati mungkin masalahnya bukan mereka tetapi dirimu sendiri. Tidak mungkin semua orang sebegitu teruk, jika anda pandai menjalin hubungan dengan kata lain tulus, berkata dengan jujur dan niat membantu orang lain tidak mungkin tidak mempunyai kawan.
Ketika kita sudah merasakan mempunyai teman diantara manusia yang adalah sesama manusia lalu kita akan merasakan kedekatan sebagai kawan. Perasaannya sangat bahagia, ternyata ada kelompok yang kita boleh sebut sebagai kawan, yang jika berjumpa dengan mereka akan tertawa, boleh saling berkongsi suka dan duka bersama, ini menyenangkan. Dalam hal ini kita akan secara langsung akan merasakan gap yang besar dengan sesama manusia. Jika kita bertemu dengan sesama manusia atau orang awam, sopan kita adalah natural dan rasmi, tetapi jika kita masuk dalam suasana pertemanan secara langsung kita akan merasakan perasaan yang lebih menyenangkan. Perbezaan ini terasa, dan perbezaan ini sangat tinggi jika kita melihat pada hubungan pertemanan dan hubungan persahabatan.
Secara umum, orang suka apabila mempunyai sahabat kerana hubungan ini lebih dekat daripada hubungan secara rakan. Persahabatan begitu indah, dalam Alkitab menyatakan sahabat rela memberikan nyawanya bagi sahabatnya. Ini bermaksud persekutuan atau pertemanan yang sangat dekat bukan main. Dalam Alkitab juga Yesus mengajar kita supaya melihat sesama kita sebagai kerabat dan sahabat, Tuhan pernah menyatakan bahawa kita adalah SahabatNya, dan Ia tidak menyebut kita sebagai murid, hamba, bawahan, atau cuma orang awam sesama manusia, “oleh kerana Saya adalah sahabatmu Saya rela mati untuk kamu”. Ini adalah perkataan yang sangat indah. Punya rakan itu menyenangkan tetapi punya sahabat itu jauh lebih menyenangkan.
Kita akan merasakan kedekatan yang begitu baik, tetapi Alkitab menyatakan ada hubungan yang lebih indah lagi iaitu perkahwinan. Dan ini kita harus belajar untuk bina hubungan ini, perkahwinan bukan proses alami disebabkan umur kita sudah genap untuk berkahwin. Kita mesti melatih diri untuk menikmati hubungan yang terintim dan terdekat, iaitu saling memberikan diri antara pasangan tanpa merasa rentan, tidak merasa keadaan kita akan ditolak oleh si dia. Uniknya perkahwinan, saya kurang setuju jika persahabatan dan perkahwinan ada gap yang mana persahabatan itu longgar dan perkahwinan itu lebih ketat, bagi saya persahabatan mempunyai keindahan yang tersendiri yang melebihi perkahwinan. Dalam kisah Yonatan dan Daud di dalam Alktab, Yonatan mengatakan ia mencintai Daud dengan segenap jiwanya seperti dirinya sendiri, lalu Daud mengatakan bahawa cinta Yonatan itu sangat mengagumkan dan cinta kasih ini bahkan tidak ditemui dari isterinya. Bagi saya kisah ini tidak menunjukkan bahawa Alkitab menyetujui hubungan homoseksual, ini adalah pengertian umum tentang persahabatan. Persahabatan ini punya kebaikan yang bahkan perkahwinan tidak dapat penuhi. Jika punya sahabat, perkahwinan belum tentu lebih dekat daripada persahabatan yang kita miliki. Namun begitu, perkahwinan menawarkan aspek yang lain, jadi ini bukanlah tentang peringkat antara hubungan persahatan dan hubungan perkahwinan tetapi cumalah perbezaan aspek. Perkahwinan memberikan kita hubungan yang mana dua menjadi satu, persahabatan tidak membuat kita merasai hubungan seperti ini. Maka dalam perkahwinan ada hubungan seksual tetapi di dalam persahabatan tidak mungkin ada.
Dalam Alkitab ada pemberian diri secara total yang mana kedua pasangan telanjang tetapi tidak merasa malu, ini merupakan penyerahan diri yang total. Saya yakin dalam budaya kita dan Alkitab, ketelanjangan itu menunjukkan kerentanan. Tidak ada orang yang merasa nyaman apabila pakaiannya terlalu kurang. Semestinya orang merasa nyaman kalau dirinya tertutup jika berada di tempat awam, dan merasa nyaman jika tidak terdedah. Perempuan akan menjaga pemakaiannya di tempat awam supaya tidak terdedah, sebab ia akan merasa sangat rentan jika terdedah. Lelaki juga sama, sedikit lebih longgar, tetapi jika lelaki suka mendedahkan keadaanya yang tidak berpakaian juga ada gangguan. Ketika orang menyedari bahawa pakaian menolong kita supaya kita tidak rentan dan merasa aman, ketika orang merasa nyaman telanjang di hadapan orang lain, ini adalah hubungan saling memberi yang paling intim dan paling dekat dan ini hanya dimiliki oleh suami isteri. Maka persahabatan punya aspek yang tidak dimiliki oleh perkahwinan, tetapi perkahwinan mempunyai aspek yang tidak mungkin ada pada persahabatan. Maka, sama ada persahabatan mahupun perkahwinan, ini adalah inti atau dasar dari perhubungan yang mampu kita nikmati di dalam dunia. Dengan kata lain, jika seseorang menemukan pasangan yang tepat, dia akan berfungsi di dalam persahabatan, dalam pertemanan dan di dalam memperlakukan sesama manusia.
Jika kita melihat di dalam kejadian 1, perkahwinan antara lelaki dan perempuan akan menghasilkan kaum, keturunan dan kelompok-kelompok yang lain. Ini bukan sahaja menyangkut dengan hal biologi tetapi juga menyatakan urutan peringkat kepentingan dalam sesuatu hubungan. Perkahwinan memunculkan dan menunjang komuniti. Jika kita punya pasangan yang baik, hubungan antara rakan akan ikut baik, demikian juga jika punya pasangan yang buruk menjadikan pergaulan kita tidak sihat. Pasangan yang baik membuat hidup kita berfungsi di dalam kehidupan umum. (Amsal 31: 1-31). Oleh itu, berhati-hatilah sebelum berkahwin, orang yang salah berkahwin lebih kasihan daripada orang yang seumur hidup menyendiri.
Kesimpulan
Akhir kata, memahami maksud, tahap dan kepentingan dalam hubungan sangatlah penting kerana ianya sangatlah mempengaruhi bagaimana kita menjalankan hubungan yang sihat antara sesama manusia. Hubungan ini dimulakan daripada hubungan yang paling luas hingga kepada hubungan yang lebih dekat seperti persahabatan dan perkahwinan. Namun bagi menentukan masyarakat yang lebih baik ianya bermula dari sebaliknya iaitu dari perhubungan yang paling dekat kepada hubungan sosial yang lebih luas.