KEBAHAGIAAN DALAM PERKAHWINAN
ADAKAH SAYA SALAH MEMILIH PASANGAN?
Okay to the point sahaja,
Sebelum saya meneruskan, suka saya membawa kita untuk melihat dan memahami apa itu kehendak Tuhan;
Moral Will (Kehendak yang seturut dengan keinginan moral Tuhan)
Contohnya, ketika Tuhan mengatakan hendaklah kamu saling mengasihi, jangan membunuh atau “Aku tidak menghendaki seorangpun binasa” dan banyak lagi.
Decretive Will (Apa yang Tuhan tentukan untuk terjadi)
Menariknya, apa yang terjadi bukanlah Moral Will Tuhan tetapi Decretive will Tuhanlah yang terjadi, itulah sebabnya kita tau dalam alkitab, Tuhan mengatakan bahawa Tuhan tidak mahu seorangpun binasa, tetapi kenyataanya banyak yang binasa dan tidak semua orang juga masuk syurga.
PERKAHWINAN YANG DIPERKENAN OLEH TUHAN
Then the LORD God said, “It is not good that the man should be alone; I will make him a helper fit for him. Genesis 2:18
Isteri sebagai penolong untuk melaksanakan perintah Tuhan.
Kejadian 2:18, 1:28. Dalam Kejadian 2:18 Allah menyatakan kalau manusia yang bersendirian itu tidak baik, ini seharusnya membuat kita tertanya-tanya, kerana pada awal penciptaan, Allah mengatakan kalau setiap yang diciptakanNya itu baik dan sungguh amat baik. Walaupun begitu, wajib untuk kita memahami cara penulisan alkitab, dalam fasal satu ianya menceritakan kisah penciptaan secara luas atau “big picture” tetapi dalam fasal dua, ianya memfokuskan tentang kisah penciptaan manusia sahaja serta hubungan manusia dengan Tuhan. Oleh itu, untuk membaca alkitab kita kena memahami konteks setiap ayat yang kita baca.
Dalam kejadian 2:24 ada tiga kata kerja;
Therefore a man shall leave his father and his mother and hold fast to his wife, and they shall become one flesh. Genesis 2:24
Mandat Tuhan dalam kejadian 2:18, memerlukan pertolongan dari perempuan supaya mandat ini dapat dilaksanakan. Jadinya, mencari tujuan kebahagian dalam pernikahan adalah sesuatu yang kurang tepat. Sebabnya, jika kita menganggap dengan mengahwini si dia, maka dia akan dapat membahagiakan kita, kesudahannya kita pasti kecewa, sebab si dia juga sama seperti kita yang penuh dosa dan tidak sempurna. Semestinya tujuan utama dalam perkahwinan adalah sama dengan tujuan hidup kita iaitu melaksanakan perintah Tuhan dan memuliakan Tuhan.
Meninggalkan
Lelaki akan meninggalkan keluarga. Selepas berkahwin perempuan harus ikut lelaki dan lelaki harus keluar dari rumah ibu bapanya. Supaya keluarga yang baharu itu adalah keluarga yang berdikari, dan ketuanya adalah suami atau lelaki tersebut. Hubungan dengan ibu bapa juga harus berubah setelah berkahwin, dengan kata lain yang menjadi keutamaan selepas perkahwinan adalah pasangan kita dan bukan ibu bapa. Dunia mengatakan seharusnya ibu bapalah yang lebih utama kerana hubungannya adalah darah dan daging. Namun alkitab mengatakan hubungan dengan pasanganlah yang jauh lebih utama kerana hubungannya menjadi satu dan secara kekal sampai maut memisahkan.
Memegang erat (Melindungi)
Dalam terjemahan, alkitab mencatat “bersatu dengan isterinya” ayat yang lebih tepatnya ialah “memegang erat” yang membawa maksud melindungi. Kejatuhan Hawa adalah disebabkan oleh Adam, suaminya tidak melindungi isterinya daripada ular tersebut, sepatutnya sebagai ketua keluarga, Adam melindunginya tetapi Adam membiarkan isterinya jatuh walaupun ada berada disampingnya pada masa itu.
Menjadi satu (Proses keintiman)
Dua orang sudah disatukan bukan bermaksud mereka sudah menjadi satu. Menjadi satu juga bukan sahaja tentang fizikal tetapi dalam segala hal termasuk sehati sejiwa dan menjadi satu dalam menjalankan apa yang Tuhan perintahkan. Menjadi satu juga adalah meneladani Allah Tritunggal yang adalah satu. Makanya menjadi satu atau perkahwinan bukanlah suatu mainan kerana ianya berlandaskan keilahian Tritunggal Allah.
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah kalau perkahwinan mestilah sesama saudara seiman, tidak mungkin kita dapat melaksanakan kehendak Tuhan kalau kita tidak mempunyai tujuan dan kepercayaan yang sama. Kejadian 3:15, permusuhan akan Allah adakan yang dibahagikan tiga jenis tetapi yang kita tekankan sekarang ialah “antara keturunanmu dan keturunannya” iaitu jenis yang kedua, yang membawa maksud ada dua keturunan iaitu keturunan rohani, secara fizikal memang kita semua adalah keturunan Adam dan Hawa, secara rohani dibahagikan keturunan orang percaya dan keturunan yang tidak percaya. Dengan kata yang tegas, dalam dunia memang ada dua keturunan yang bermusuhan secara rohani dan tidak boleh berkahwin kerana mereka adalah musuh. Sebab itulah jika kita baca dalam kejadian fasal 6, air bah terjadi disebabkan oleh umat Allah iaitu orang percaya berkahwin dengan bukan umat Allah atau orang bukan percaya. Betul, Tuhan berjanji bahawa tiada lagi air bah selepas ini, namun saya percaya pasti akan berlaku air bah secara peribadi.
Tuhan Cuma meminta satu syarat, sudah tentu mestilah lelaki dan perempuan, dalam kejadian 2:24 dikatakan cuma ada dua peribadi iaitu lelaki dalam bentuk maskulin dan perempuan dalam bentuk feminim. Syaratnya cuma satu iaitu harus bersama-sama dengan saudara yang seiman. Larangan ini juga sangat jelas, contohnya dalam kitab Ulangan 7:1-4, Tuhan melarang untuk berkahwin dengan orang yang tidak seiman, ayat ini sesungguhnya bukanlah tentang masalah bangsa tetapi iman kerana pada waktu itu setiap bangsa mempunyai tuhan mereka sendiri. Buktinya, dalam kitab ulangan 21:10-14, pada dasarnya mereka boleh sahaja mengahwini para tawanan anak gadis kerana selepas beberapa proses seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut anak gadis tersebut telah terlepas dari keluarganya dan budayanya (tradisi keagamaanya) yang dapat membawa orang Israel menyembah allah dari bangsanya. Selain itu, boleh baca kitab Rut untuk membuktikannya. Dalam perjanjian baharu juga iaitu 2 Korintus 6:14 sangat jelas dalam larangannya. Bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?
Do not be unequally yoked with unbelievers. For what partnership has righteousness with lawlessness? Or what fellowship has light with darkness? 2 Corinthians 6:14
CARA TUHAN BEKERJA
And we know that for those who love God all things work together for good, for those who are called according to his purpose. Romans 8:28
Sudah tentu Allah mahu memberikan yang terbaik untuk kita, ini jelas dalam kitab Roma 8:28. Itulah sebabnya, apabila kita melakukan kesalahan termasuk dalam hal memilih pasangan yang salah Tuhan pasti akan mencegah. Contohnya, apabila kita merasa kita salah pilih mesti ada sahabat dekat kita atau ibu bapa yang tidak setuju. Contohnya dalam alkitab iaitu Daud (1 Samuel 24 dan 25, 2 Samuel 11) dan Saul (1 Sam 22). Ada pula orang bertanya bagaimana dengan Daud yang berzina dengan Barsyeba? Ketika pegawai Daud menjawab pertanyaan Daud, ia menjawabnya dengan sangat lengkap dan secara tidak lazim iaitu memperkenalkan dari anak siapa dan isteri siapa. Kebiasaanya hanya disebut salah satu untuk memperkenalkan diri seseorang itu. Dua nama yang diperkenalkan itu kedua-duanya adalah pahlawan Daud. Tuhan melalui pegawai Daud, ingin mencegah Daud supaya tidak menyentuh perempuan itu. Sayangnya, Daud tidak mendengarkanNya dan Allah membiarkan Daud jatuh dalam dosa.
Kisah ini sebenarnya mau menyatakan bahawa Tuhan mau mencegah dan memberikan peringatan kepada kita supaya tidak jatuh dalam dosa, dan jika ternyata kita tidak mengendahkanNya maka Tuhan akan membiarkan kita berdosa.
Oleh itu, kita harus menjadi lebih peka ketika Tuhan memberi kita peringatan dan seharusnya mendengarkan. Ini kerana Allah memberikan kehendak bebas dan tanggunggjawab kepada manusia, Allah membiarkan ketika umat tidak mendengarkan pencegahanNya. Bahkan sangat mungkin Allah sepertinya menyetujui dalam murka-Nya (kisah Bileam dalam kitab Bilangan 22).
Contoh dalam kehidupan seharian, ketika kita tertarik dengan orang yang tidak seiman, boleh atau tidak kita berdoa sama ada kita diperbolehkan untuk menjadi pasangannya atau bahkan berkahwin dengan kita. Bagi saya, bahkan berdoa pun tidak boleh, sebab dari awal tadi syaratnya tidak boleh dengan yang tidak seiman. Ini sama kisahnya dengan Bileam, sudah dijawab tidak, dipertanyakan lagi soalan yang sama dengan nada yang memaksa. Maka Tuhan akan menjawab ya boleh, tapi Allah menyetujuinya dalam murka-Nya. Yang terjadi dengan Bileam pada akhirnya, ia binasa kerana Allah sudah murka padanya. Ketika Firman sudah mengatakan tidak, kita seharusnya tidak bertanya lagi tentangnya. Untuk kes ini, kita cuma boleh berdoa supaya orang itu menjadi percaya.
SALAH PILIH
Berkahwin dengan orang yang tidak sama iman
Sebab kita mengetahui kalau perkara ini tidak sejalan dengan Moral Will Tuhan. Moral Will Tuhan adalah supaya kita berkahwin dengan orang yang sesama iman. Sebab didalam perkahwinan suami isteri bersatu hati melayani Tuhan, melaksanakan apa yang Tuhan kehendaki. Tidak mungkin kita dapat bersatu hati kalau iman tidak sama dengan erti kata lain adalah musuh.
Dalam perkahwinan sendiri ada pertanggungjawabannya yang sangat berat, kalau ditambah lagi dengan ladang penginjilan yang tanggunggjawabnya tidak kalah besar.
Ini pasti sukar untuk dicapai terutamanya bagi orang yang mempunyai motivasi lain untuk menjadikan pasangan mereka percaya. Kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat seseorang percaya termasuk pasangan kita, itu dibawah kekuasaan Roh Allah. Tidak dinafikan ada orang yang pada akhirnya mengikuti pasangannya untuk menjadi percaya, tetapi itu disebabkan oleh kasih dan anugerah Tuhan semata-mata.
KEMUNGKINAN SALAH PILIH
Berkahwin dengan orang yang tidak sesuai dengan kita secara latar belakang, karakter ataupun prinsip yang dipegang dan selalu menimbulkan pertelingkahan.
Dalam keadaan ini, kita pasti akan merasa kalau kita salah pilih pasangan. Untuk persoalan ini, saya tidak dapat menjawabnya, kamu harus menggumulinya kepada Allah. Namun demikian, bagi saya jika sudah berkahwin persoalan salah pilih atau tidak bukanlah suatu persoalan yang patut kerana memang tidak boleh cerai. Perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan tidak boleh dipisahkan kecuali kematian. Yang boleh kita lakukan ialah, kalaupun kita salah pilih kita harus memikirkan cara untuk memperbaiki hubungan dengan pasangan. Kita juga harus memandang, kalaupun itu salah pilih, itu adalah sesuatu yang harus terjadi dalam decretive will Tuhan dan pasti ada tujuan Tuhan dalam hal ini Amsal 27:17 besi menajamkan besi, manusia menajamkan sesamanya. Perkara ini terjadi dalam decretive will Tuhan walaupun tidak sejalan dengan moral will Tuhan. Mungkin Tuhan mau mengajar kita supaya kita lebih bersabar dan banyak lagi ikut pada keadaan perkahwinan.
Contoh lain, dalam kisah Abigail dalam kitab 1 Samuel 25. Suaminya seorang yang bebal, dengan kebebalan suaminya, Abigail dapat mengasah kebijaksanaannya atau hikmatnya supaya tidak binasa.
Iron sharpens iron,
and one man sharpens another. Proverbs 27:17
APA YANG HARUS KITA BUAT?
Sesuatu yang mungkin terjadi tidak selaras dengan moral will Tuhan, tapi pasti terjadi selaras dengan decretive will Tuhan. Tuhan mengetahui kalau orang itu tidak sesuai dengan kita, dan Tuhan juga memberikan beberapa peringatan melalui orang-orang terdekat mahupun yang tidak dekat dengan kita bahawa dia bukan orang yang tepat untuk kita. Tetapi tidak dinafikan juga, kalau orang yang sudah jatuh cinta memang orang itu akan menjadi buta kerana ‘cinta buta’ sehingga kita menganggap orang yang memberikan perigantan kepada kita tidak mengerti hanya kita yang mengerti tentang pasangan kita. Tidak ada sesuatupun yang tidak dikendalikan oleh Tuhan termasuk salah memilik, kesalahan yang kita lakukan adalah atas keizinan Tuhan, tetapi tetap tidak lari dari pemeliharaan Tuhan.
Kita harus setia didalam kesalahan dan kekacauan yang kita buat. (kitab Yosia 9 dan 10). Orang Israel telah membuat kesilapan sebelum bertanyakan hal itu kepada Tuhan, mereka telah ditipu oleh bangsa Gibeon. Namun begitu, mereka sedar kalau mereka telah melakukan kesalahan yang besar tapi mereka juga harus taat kepada sumpah yang mereka lafazkan. Oleh itu, mereka mementingkan bagaimana untuk memuliakan Tuhan dengan mencari cara hidup bersama-sama dengan orang Gibeon. Orang Gibeon juga rasa terhimpit dari segala arah, yang mana orang Gibeon sendiri akan dibunuh oleh bangsa Kanaan kerana bergabung dengan Israel dalam masa sama tunduk kepada bangsa Israel. Israel pula akan dihukum oleh Allah kerana melanggar perintahNya. Namun begitu, Allah tetap menyertai Yosua dalam peperangan kerana kesetiaannya pada janji dalam masa sama kesilapannya itu. Maksudnya, setialah dalam kekacauan yang kita buat, sebab itu kesalahan kita dan kitalah yang harus menanggungnya. Contoh nyata, jika seseorang perempuan hamil luar perkahwinan. Ini sudah tentu adalah kesalahan. Dia mesti setia dalam menghadapi kesalahannya, jangan menyelesaikan masalah dengan membuat kesalahan lain contohnya menggugurkan anak itu. Perempuan itu harus berani menanggung kesan kesalahan yang ia lakukan itu.
Kita juga harus percaya bahawa Allah kita adalah Allah yang penuh dengan Kasih
Setelah kita membuat kesalahan tidak bermaksud Allah tidak lagi mengasihi kita, sebab itu ada hal yang baik walaupun kita sudah membuat kesalahan, contohnya pasangan kita menjadi orang percaya dan anak-anak kita mampu hidup dengan harmoni. Tidak bermaksud kesalahan yang kau lakukan itu menjadi benar tetapi disebabkan oleh kasih dan anugerah Allah semata-mata. Contohnya, dosa yang dilakukan oleh Daud dengan Batsyeba (2 Samuel 12:24), Tuhan sudah menghukum Daud dengan sangat berat dan Daud bertaubat atas dosanya, maka Allah berkenan kepadanya dan memberikan anak kepada Daud dan Batsyeba yang seterusnya menjadi pemimpin Israel yang paling masyhur di Dunia iaitu Salomo.
Then David comforted his wife, Bathsheba, and went in to her and lay with her, and she bore a son, and he called his name Solomon. And the LORD loved him
2 Samuel 12:24
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kita dapat berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai kerana kesalahan sendiri. Jangan salahkan Tuhan. Namun begitu, jangan putus asa, walaupun perkahwinan seperti ini terjadi tidak selari dengan moral will Tuhan, tetapi tetap sahaja berlaku menurut decretive will Tuhan dengan kata lain tetap dalam pemeliharaan Tuhan. Tidak ada sesuatu yang terjadi dalam dunia ini tanpa rancangan Tuhan, pasti ada tujuan Tuhan membiarkan kita melakukan kesalahan tersebut. Kita harus yakin pasti ada tujuannya sepertimana dalam kitab Roma 28:38. Semua itu terjadi adalah untuk kebaikan kita. Walaupun kita merasa kita salah pilih (bagi orang yang sudah berkahwin), kita jalankan sahaja kehidupan kita bersama dengan pasangan dan berusaha membaiki hubungan dari masa ke masa. Percayalah bahawa Tuhan tetap akan memberikan anugerah walaupun kita mengalami kesusahan didalam kesalahan yang kita lakukan. Minta juga supaya kita dipenuhi oleh Roh Kudus (Efesus 5:18).