Saya sendiri sebelum ini pernah menganut ajaran ini tanpa saya sedari, saya memahami doktrin Trinity seperti memahami modalisme Oneness. Sewaktu saya masih remaja, saya selalu mengikuti seminar atau program kebangunan rohani yang diadakan secara lokal atau kecil-kecilan. Saya juga membaca buku rohani. Selang waktu berlalu saya secara perlahan kalau pemahaman saya mengenai Triniti adalah salah. Pekongsian saya pada kali ini adalah Oneness Pentecostalism.
Sejak kebelakangan ini, saya selalu dengar kalau ajaran ini adalah suatu penemuan baharu atau suatu perkembangan pengetahuan dalam Christian Theologi. Namun begitu, jika dilihat pada perspektif sejarah ajaran ini bukanlah suatu penemuan atau perkembangan pengetahuan yang baharu seperti yang orang katakan.
NAMA LAIN BAGI AJARAN INI
Oneness
Oneness Pentecostalism
Jesus Only
Jesus Name Movement
Apostolik (mereka percaya ajaran yang mereka bawakan ini merupakan ajaran yang sama seperti yang diajarkan oleh para rasul seperti dalam kitab Para Rasul)
Nama yang paling popular diantara nama-nama golongan ini ialah Oneness dan Oneness Pentecostalism
PENGENALAN DAN CATATAN AWAL
Sebelum meneruskan, perlu dicatat supaya tidak berlaku salah faham, tidak semua orang gereja pentakosta atau denominasi gereja pentakosta menganuti ajaran ini, dalam tubuh gereja pentakosta sendiri berlaku perpecahan kerana pernah berlaku pertentangan secara doktrin sebelum ini. Faktanya, ajaran ini muncul dari dalam tubuh gereja pentakosta sendiri, sebagaimana denominasi gereja Protestant muncul dari dalam tubuh gereja Katolik Rome atau Barat. Selain itu, ianya disebut Oneness sebab mereka menolak doktrin Tritunggal atau Trinity dan kembali menghidupkan ajaran sesat dari Sabelianisme, namun begitu mereka menolak diri mereka disebut sebagai Sabelianisme, Modalisme atau Oneness. Ini adalah supaya mereka diterima oleh masyarakat Trinitarian, kerana secara sejarah sebutan Sabelianism dan yang sewaktu dengannya pernah diistiharkan sebagai ajaran sesat.
Walaubagaimanapun, kalau kita memahami dan mempelajari sejarah, ajaran ini sangat sama dengan ajaran Sabelianism. Oleh itu, jangan menganggap kalau semua anggota gereja Pentakosta percaya pada ajaran ini. Jangan mencintai denominasimu lebih dari kebenaran yang diajarkan secara setia dari dalam alkitab.
Sebagai tambahan, Oneness ini berada di posisi monotheist atau mempercayai satu Tuhan tetapi dalam golongan monotheist nontrinitarian. Ini sama dengan golongan Latter-day Saint atau Mormon dan Saksi Jehovah. Saya sendiri mempercayai monotheist trtinitarian, golongan monotheist trinitarian adalah seperti Evengelist, Reform Calvinist mahupun Lutheran, Katolik, Ortodoks dan banyak lagi.
SEJARAH
Sebelum ini saya mengatakan ajaran ini tidak sama dengan ajaran gereja Pentakosta sendiri, kenapa? Sebabnya, pandangan ini tidak muncul bersama-sama dengan gereja Pentakosta pada awal abad ke-20, pertama kali muncul atau disebut pada tahun 1913. Gereja Pentakosta lahir sekitar tahun 1906-1909 dan pada waktu ini belum ada ajaran yang disebut Oneness. Pada tahun 1913, ketika diadakan camp antarabangsa di Arroyo, California yang mana semua anggota Gereja Pentakosta di seluruh dunia mengikuti camp ini. Selama dalam camp tu, ada banyak yang dijemput untuk menjadi pengacara, salah seorangnya ialah Robert Edward McAlister. Semasa beliau, McAlister berada dalam camp itu, McAlister berkhotbah mengenai baptisan dan dari sinilah ajaran Oneness Pentecostalism bermula. Dalam khotbahnya, McAlister menyatakan baptisan dalam nama Bapa, nama Anak, dan nama Roh Kudus seperti dalam Matius 28:19 perlu ditukar kepada baptis secara selam dan hanya dalam nama Yesus. Sokongan teks yang beliau nyatakan ialah pada Kisah Para Rasul 2:38, 10:48, 8:16 dan 19:5.
Ironinya, benih yang ditanam oleh beliau ini sempat diajarkannya dalam beberapa tahun dan pada tahun 1919, berlaku pertentangan di dalam tubuh Gereja Pentakosta sendiri dan McAlister kembali lagi mengajar dan menganut Trinitarian meskipun beliau merasa berat untuk meningalkan ajaran yang telah ia mulakan.
Namun begitu ajaran ini tidak berhenti begitu sahaja, ketika khotbahnya di camp tersebut, seorang yang Namanya John G. Schaepe sangat terpengaruh dengan khotbah ini, katanya Schaepe ini tidak dapat tidur selepas mendengar khotbah itu dan membaca alkitab serta memohon Roh Kudus untuk mendapatkan pencerahan. Pada pagi itu Schaepe mengatakan beliau telah mendapatkan pencerahan dari khotbah yang didengarnya semalam. Schaepe cuba menjelaskan kaitan antara empat teks ayat dalam kisah para rasul dengan Matius 28:19.
Go therefore and make disciples of all nations, baptizing them in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit
Matthew 28:19
Beliau mengatakan, kenapa harus membaptis hanya dalam nama Yesus? Kerana sebutan Bapa, Anak dan Roh Kudus itu bukanlah nama tetapi cuma gelaran atau “Title” bagi sosok sang Tuhan Yesus Kristus sendiri. Dengan kata lain, Bapa, Anak dan Roh Kudus bukanlah tiga peribadi seperti yang dijelaskan dalam Tritunggal, tetapi ketiga-tiga nama ini merujuk kepada Yesus sendiri.
Menariknya, awal bermulanya Oneness ini ianya tidak disebut sebagai Oneness tetapi new Issue.
Setelah melalui beberapa perkembangan ajaran yang dimulai oleh McAlister, salah seorang penganut Oneness Pentecostalism yang Bernama Willaim M Branham menyatakan bahawa;
Yesus tidak selalu adalah Allah, dan baharu menjadi Allah pada saat Ia dilahirkan melalui Maria
Ketika Yesus wafat di kayu salib, Roh Kudus meninggalkan Dia. Maksudnya, antara Yesus lahir sehingga Ia wafat di atas kayu salib Yesus adalah Allah dan Manusia sejati.
Yesus bukan lagi Allah sejati ketika Roh Kudus meninggalkan-Nya sebelum Ia mati di atas kayu salib.
Sebutan “Anak” bagi Yesus bukan merupakan sebutan yang kekal dan bukan anak Allah yang kekal tetapi pernah menjadi anak dalam beberapa waktu tertentu mulai dari kelahiran sampailah kematianNya di atas kayu salib.
Allah tidak maha-hadir (Omnipresent)
Neraka juga tidak kekal
Ini sangat jelas bahawa ajaran ini sangatlah aneh dan lain dari ajaran yang diajarkan Yesus dan para rasul di dalam alkitab.
ELEMEN-ELEMEN DALAM DOKTRIN INI;
Harus babtis selam dan hanya boleh dilakukan didalam nama Yesus, tidak boleh dalam nama Bapa nama Anak dan nama Roh Kudus.
Baptis selam hanya dalam nama Yesus adalah syarat keselamatan, maksudnya hanya penganut ajaran ini yang masuk syurga dan selain penganut ini masuk neraka.
Doktrin ketuhanannya adalah modalistik yang mana percaya Tuhan adalah Unitarian, Unipersonal atau hanya satu peribadi. Dengan kata lain, Tuhan hanya satu peribadi tapi memanifestasikan diri dalam tig acara yang berbeza, ini tidak lain tidak bukan adalah ajaran Sabelianism. Modalistik maksudnya penjelasannya tentang Bapa, Anak dan Roh Kudus bukan sebagai peribadi yang berbeza melainkan sebagai manifestasi yang berbeza. Atau kata lebih senang, ketuhanan adalah sesuatu yang boleh dijelaskan dalam bentuk model seperti kerja lain nama, di rumah lain panggilan, untuk anak-anak juga lain panggilannya.
Yesus mempunyai peribadi dua sifat iaitu Allah sesungguhnya dan Manusia sesungguhnya. Tapi sekali lagi hati-hati untuk memahami ini, sifat ini hanya terjadi sejak Yesus lahir dan setelah ia ditinggalkan oleh Roh Kudus di atas kayu salib.
Bahasa Roh adalah bukti seseorang telah diselamatkan. Makanya selagi belum menerima Bahasa roh ini orang itu belum selamat. Tapi sekali lagi tidak semua gereja pentakosta, menerima ajaran-ajaran ini.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita haruslah mempelajari dengan tekun apa yang alkitab ajarkan dengan setia supaya kita dapat memahami dengan benar dan jelas dengan apa yang kita percayai. Jika kita tidak mengetahui dengan jelas apa yang kita percayai, bagaimana mungkin kita mengenali dan mengetahui kepercayaan yang bertentangan dengan apa yang kita percayai. Selain itu, ada banyak lagi sebenarnya elemen-elemen dalam ajaran Oneness Pentecostalism ini tetapi yang ini hanyalah setakat yang paling ketara dalam kontra antara ajaran trinitarian dan Oneness. Sekali lagi, rendahkanlah diri untuk mempelajari kebenaran Alkitab, jangan mencintai denominasi gerejamu lebih dari kebenaran yang dinyatakan oleh Allah melalui alkitab. Ad Majorem Dei Gloriam.
Terima kasih