Panduan untuk Remaja: Betulkah Kursus Pelajaran Yang Saya Pilih? Waiting or Chasing a lover? (Q&A)
Ini adalah beberapa sesi Q&A yang saya alami sepanjang saya menjalani kehidupan sebagai remaja dan pelajar di sebuah Universiti Awam. Antaranya, persoalan tentang pelajaran dan hubungan.
Sebelum bermula, saya ingin berterima kasih kepada yang bertanya dan memberikan perspektif baharu kepada saya mengenai beberapa persoalan ini. Saya akui, saya bukanlah bapa rohani bagi sesiapa, yang boleh menjawab banyak persoalan yang bersifat teologi dan falsafah walaupun kedua-dua bidang ini adalah bidang kegemaran saya. Dalam hal hubungan, saya juga bukan pakar tetapi saya hanya pernah mengambil kursus perkahwinan dan kekeluargaan semasa di Universiti. Bidang yang saya pelajari secara disiplin adalah Kejuruteraan jadi saya sarankan bertanyalah kepada orang yang benar supaya kamu boleh mendapatkan jawaban yang lebih tepat untuk setiap struggle yang kamu alami.
1. Bagaimana saya dapat mengetahui dan memahami tentang apa yang saya rasakan dan harapkan itu adalah sejalan dengan izin Tuhan atau cuma perasaan saya yang dipengaruhi oleh keadaan yang saya hadapi? (e.g. baru putus hubungan dengan kekasih)
Perasaan kita tidak dapat kita cegah, manusia boleh merasa apapun tetapi persoalannya bukanlah pada, “adakah Tuhan mahu saya merasa keadaan ini?”. Sekiranya Tuhan tidak mau kamu merasakan keadaan ini macam mana, kamu boleh ubah? Tidak boleh, perasaan kamu campur baur, rasa kosong atau apapun tetapi ini tidak senang untuk diubah namun tindakan mestilah benar. Setiap kita mempunyai tanggungjawab, jangan lalai untuk menjalankan tanggungjawab. Kita mempunyai keharusan untuk berbuat baik, tidak boleh mengekspresikan kepahitan dengan bertindak yang tidak sepatutnya dan lain-lain. Jadi kita berlatih untuk menghadapi kehidupan dengan nyata (real). Bukan menghadapi perasaan dan menjadikan perasaan adalah segalanya atau yang terutama, kalau kita dalam keadaan baik maka baik, kalau dalam keadaan kucar kacir maka kita berjuang untuk memperbaiki. Kekadang memang susah tetapi kita semua harus berjuang untuk bertindak tepat dan baik dalam segala situasi apapun perasaan yang sedang kita alami. Ini adalah usaha untuk menjadikan perasaan bukanlah yang terutama, perasaan memang penting tetapi bukanlah yang terutama. Satu konsep yang umum iaitu “listen to your heart”, bagi saya kurang tepat jika terus diambil maksudnya secara harfiah tanpa memahami falsafah disebalik konsep ini. Kita mendengarkan hati yang sudah jatuh juga sudah tiada gunanya, tetapi belajarlah untuk mendengarkan hati nurani yang dijustifikasikan dengan firman Tuhan secara benar.
2. Saya selalu berharap satu masa nanti saya dapat mengulang semula hubungan kami dengan benar. Saya baru saja putus dengan ex, katanya dia sudah terlalu banyak berkorban dan lelah dengan sikap saya. Adakah boleh dan salahkah kalau saya masih berharap?
Perasaan kita tidak dapat kita ubah, tetapi yang dapat kita ubah adalah keputusan kita untuk bertindak, jadi perasaan kalut tetapi dalam masa sama bertindak benar itu baik walaupun sangat susah. Ini mesti menjadi dorongan untuk kita menjalani hidup bukan, “perasaan ini betul atau tidak?” tetapi tindakan atau respond kita itu sudah benar atau tidak. Jika hubungan dengan kekasih sudah tidak ada dan sudah terhenti, tindakan yang paling tepat ialah kita melanjutkan hidup dengan hubungan yang baharu dengan pergaulan yang lebih terbuka kepada yang lain dibandingkan dengan terus-menerus berharap hal-hal yang sudah tentu tidak ada. Kita mengambil perkataan atau keputusan orang dengan jujur, jika orang tidak mahu meneruskan hubungan maksudnya dia tidak mahu teruskan, hormati keputusan orang. Kita tidak boleh membiasakan diri membacakan diri hal-hal yang kelihatannya seperti mempunyai makna disebaliknya nanti manusia jadi lebih rumit daripada semua teka-teki. Jika orang bilang kita tidak boleh melanjutkan hubungan, maka sudahlah, tawakal (konsisten), okay tidak boleh lanjut bererti sudah, selesai, ambil perkataan itu dan teruskan mencari hubungan baharu serta terbuka untuk kemungkinan hubungan yang lain. Hati mungkin berharap tetapi tindakan tidak kesitu, jadi yang lebih penting ialah bagaimana bertindak tepat dalam situasi apapun berdasarkan apa yang terjadi.
3. Saya masih pelajar dan masih sangat kurang pengetahuan tentang perkahwinan dan perancangan kewangan, adakah dengan keadaan saya ini keputusan terbaik adalah belajar dahulu atau berkahwin dan berkeluarga dahulu sebab sudah pasti kalau sudah kahwin beban mental dan kewangan pasti akan lebih besar?
Yang pasti segala hal yang berlaku sekarang boleh jadi perlu dipertimbangkan untuk tidak berkahwin sekarang, tetapi di kemudian hari ada kemungkinan untuk berkahwin. Jangan anggap keadaan sekarang ialah once and for all , untuk segala hal. Yang paling penting untuk dilakukan ialah mengubah cara pandangan atau pemikiran yang salah melalui membiasakan diri untuk bertindak benar, jalankan tanggungjawab anda apa yang patut sebagai pelajar iaitu belajar tentang semua ilmu yang hollistik supaya anda dibentuk untuk menjadi manusia yang seutuhnya. Contohnya, kamu sukar untuk belajar bertanggungjawab disebabkan beberapa gangguan, belajaralah bertanggungjawab di tengah tekanan itu, berusaha untuk menang dan mengatasinya. Setelah itu, cuba untuk lihat jika ada kemungkinan untuk Tuhan bukakan untuk ada hubungan, saling menolong, memahami dan tidak dimanipulasi untuk menolong kita tetapi menjadi penolong yang Tuhan berikan untuk memberikan kekuatan di tengah kita berjuang dalam mengatasi masalah yang kita hadapi. Hal manipulasi, hanya kita sendiri mengetahui adakah kita sedang memanipulasi atau tidak itu tidak perlu tanya orang lain, jawaban ada dalam diri-sendiri.
4. Orang yang saya suka sudah ambil komitmen dengan orang lain, saya tidak dapat move on. Bagaimana saya mahu dapat pasangan hidup di masa depan saya nanti?
Orang sudah ambil komitmen dengan orang lain, maksudnya kamu sudah tidak sepenting apa lagi, sudah, tidak perlu diganggu dan jaga batas supaya tidak merosak hubungan mereka. Sekarang yang perlu kamu lakukan bergaul baiklah dengan orang lain. Untuk cari pasangan yang lain, setelah kita sudah bergaul baik dengan orang yang di circle kita. Belajar bergaul, berkomunikasi baik dengan orang, belajar memperhatikan orang lain belajarlah juga menjadi kawan yang baik dalam situasi yang diperlukan oleh sesiapapun. Dari sini, secara perlahan kamu akan melihat siapa yang ada kemungkinan untuk menjalinkan hubungan yang lebih dekat. Penekanan saya sini, jangan jadikan mencari pasangan itu target, ini sama seperti orang yang mau lulus dan dapat degree tetapi tidak mahu masuk kuliah, tidak mahu jawab test dan final exam. Cubalah berlajar bergaul dan mempunyai kawan yang ramai kemudian melihat jika ada kemungkinan untuk kita perjuangkan orang lawan jenis yang sudah menjadi kawan dan mencari tahu adakah dia juga mempunyai respond yang sama atau tidak.
5. Saya perempuan bagaimana cara yang tepat untuk perempuan yang make move first ? Adakah salah jika perempuan yang first make move?
Selama banyak buku history and psychology of romance yang saya baca saya memahami kalau sebenarnya perempuanlah yang selalu bertindak terlebih dahulu dengan nature sebagai perempuan, sebab itu lelaki yang mempunyai high value terutama dari tiga status iaitu status sosial, status kepintaran dan fizikal serta status kewangan akan dikejar oleh perempuan, sebab dari ketiga status ini perempuan akan merasa selamat dan terjamin sesuai dengan sifat perempuan yang harus dilindungi. Tetapi ini adalah perspektif lain.
Dari perspektif lain lagi, dalam sifat atau kewajaran manusia ada cara bagaimana lelaki bertindak dan bagaimana untuk perempuan bertindak. Perempuan lebih pasif tetapi tidak bermaksud tidak melakukan apa-apa, lelaki lebih aktif dan itu adalah sesuatu yang wajar. Perempuan yang terlalu dominan, agak susah untuk menjaga diri sebagai pasangan yang tunduk kepada suami nantinya. Sementara lelaki yang sukar untuk menjadi pemimpin, yang tidak mengambil keputusan dan inisiatif sukar untuk dihormati oleh perempuan pada waktu perkahwinan. Lelaki kalau apa-apapun takut, tidak mahu dan tidak berani serta takut salah, lelaki ini akan sangat sukar untuk mendapatkan seorang perempuan yang tunduk dan perempuan itu sukar untuk belajar tunduk. Pada akhirnya hubungan akan menjadi kucar kacir kerana setiap kegagalan dalam mejalankan peranan akan ditanggung bersama.
Oleh itu, lelaki belajarlah mengambil inisiatif, perempuan belajarlah untuk tunduk, namun tidak bermaksud tidak ada keinginan untuk mengekspresikan diri dan ini ada caranya dan harus dipelajari bagamana menunjukkan ketertarikan tetapi tidak dengan secara dominan dan yang akan membuatkan kamu menjadi seorang perempuan yang menunjukkan sifat yang lebih feminim sebagai perempuan. Contohnya, bercakap dengan suara yang lembut tetapi menunjukkan ketertarikkan ketika ada komunikasi dengan orang yang disukai tetapi tidak berlebihan tanpa main kedip-kedip mata, bukan flirting tetapi menunjukan ketertarikan bahawa kamu ingin dekat sebab ada hal yang mengagumkan dari lelaki itu. Itu sangat baik namun still inisiatif harus diajarkan dan diambil oleh lelaki.
Ini pengajaran kepada lelaki juga, perempuan jangan pula menjustifikasi dari apa yang saya sampaikan ini iaitu perempuan tidak boleh ambil keputusan sebab lelakilah yang harus mengambil inisiatif, bukan, bukan itu yang saya maksudkan. Tetapi kamu harus tahu bagaimana Tuhan mahu membentuk lelaki juga mempunyai keberanian untuk mengambil inisiatif. Lelaki tidak boleh takut kena reject, tidak boleh punya perasaan yang terlalu dalam setelah ditolak seperti mahu hidup habis dengan begitu sahaja. Lelaki harus ada keberanian untuk melangkah, mengambil inisiatif dan keberanian untuk direject juga.
6. Saya Perempuan, dan sepatutnya inisiatif perlu diambil oleh lelaki bukan perempuan. Adakah saya harus menjadi pasif dan terus menunggu atau perempuan boleh berinisiatif untuk terbuka meluahkan perasaannya kepada lelaki terlebih dahulu?
Seorang perempuan menyukai lawan jenisnya pasti terjadi dan kemungkinan lelaki ini tidak mempunyai ketertarikan yang terlalu besar kepada perempuan ini. Jadi macam mana? Tidak lazim jika perempuan yang memulakan inisiatif untuk jalan bersama atau apapun itu. Yang lazim itu tetap ada cara untuk mengenal dalam berkomunikasi yang tetap menunjukkan kewajaran bagi seorang perempuan, jangan menjadi dominan. Budaya yang baik secara turun-temurun itu ialah, perempuan menjadi pasangan atau kawan untuk lelaki supaya dia berani untuk tampil sebagai pemimpin dan kepala keluarga yang berani mengambil kesusahan tanggungjawab dan keputusan yang berat untuk dijalankan sebagai seorang pemimpin, inilah tugas lelaki. Perempuan pula, memang boleh mengambil inisiatif tetapi bukan dengan cara yang dominan antaranya, memberikan perhatian, menunjukkan interest dan mengalami kesenangan semasa berkomunikasi dengan lelaki ini. Orang boleh berkomunikasi bersama kawan dengan akrab pada orang lain dan menanti kalau ada jawaban/tindakan yang sama dimiliki oleh orang lain itu.
Betul, kekadang jika diikutkan budaya seperti ini tidak memanfaatkan perempuan, perempuan jika tidak mengambil inisiatif susah untuk mendapatkan pasangan dan tiada yang cuba untuk approach, kalau tidak dapat kahwin macam mana? Serahkan semua ini kepada Tuhan, apa yang dikehendakiNya ialah supaya kita menjalankan bahagian yang menjadi tanggungjawab kita dalam hubungan dan pergaulan.
Jadi kalau kamu bertanya, “macam mana mau dapat teman hidup, dan macam mana untuk approach?”. Biasakan diri kita dahulu untuk bergaul dan memperhatikan orang. Adakah perempuan dilarang untuk memperhatikan lelaki? Sudah tentu tidak tetapi dalam batas yang wajar. Jangan menjadi orang yang mendesak dan terobsesi sampaikan tidak dapat tenang kalau tidak memiliki orang itu. Ini hanya akan menganggu hubungan sehingga menjadikan orang itu tidak mahu untuk approah dan menyatakan keseriusannya untuk berhubungan. Jadi ada cara untuk kita menunjukkan pertemanan dan manfaatkan itu, Tuhan mahu supaya kita bergaul, mempunyai sahabat, kawan dan nikmati mempunyai kawan sampai ada orang yang kamu sukai dan dalam anugerah Tuhan juga pada akhirnya membalas cinta kamu. Jadi bukan tidak boleh berinisiatif tetapi jangan menjadi dominan dalam perhubungan.
7. Bagaimana untuk saya tahu jodoh saya adalah selaras dengan kehendak Tuhan? Sudah banyak lelaki yang approach saya dan tidak sedikit juga yang pernah melamar saya tetapi semuanya tiada kepastian. Jadi bagaimana sebenarnya jodoh yang tepat yang Tuhan sudah sediakan untuk kita?
Sejujurnya, saya tidak tahu sebab semua masa depan kita tiada kepastian semuanya boleh berubah dalam sekelip mata. Namun saya percaya, kita perlu lakukan ialah jalani sahaja kehidupan bergaul dan lihatlah kalau Tuhan membuka hubungan dengan lawan jenis yang ada kemungkinan untuk kita perjuangkan untuk diteruskan dengan lebih serius. Betul, ada kalanya beberapa hubungan awal kita itu terhalang tetapi kita jangan berhenti untuk melakukan yang memang menjadi bahagian hidup kita sebagai Kristian iaitu bergaul, mencari kawan, belajar mengasihi dan memperhatikan serta dalam anugerah Tuhan mungkin menjadi pasangan hidup yang kita perjuangkan, berdoa dan dalam anugerah Tuhan diberikan untukmu. Jadi yang boleh kita lakukan ialah melakukan tanggungjawab kita. Kita tidak mampu untuk mengatur waktu Tuhan, ketetapan Tuhan tidak meniadakan tanggunggjawab kita, jadi jalankan tanggungjawab kita dan yang ditetapkan oleh Tuhan biar Tuhan yang atur tetapi tidak bermaksud kita menjadi pasif dalam menjalankan hubungan kita, jadi jalankan hubungan dengan bergaul dengan baik, bersopan santun dan sentiasa sedar dengan batas-batas tertentu ketika bergaul dengan orang sehingga pada akhirnya ada orang yang lebih sesuai yang Tuhan bukakan dan patut kita perjuangkan.
8. Minta jelaskan dengan pernyataan “ Sudah tahu salah tapi hati terus obses dan tidak mampu untuk melawan obses tersebut, tidak apa-apa. Tuhan akan mendidik dan memakai tindakan ini sebagaimana cerita Yakub” Adakah maksud pernyataan ini membenarkan manusia untuk mengikuti hawa nafsu?
Jawaban singkat saya, tidak membenarkan. Ini menyatakan suatu realiti dalam kehidupan manusia. Kisah yang terdapat dalam alkitab adalah realiti dan mengajar kita untuk hidup dalam realiti, cumanya manusia suka berteori. Orang yang percaya memang tidak boleh mengikuti hawa nafsu tetapi faktanya orang tidak dapat menjalani kehidupan yang dia sendiri fikir kehidupan yang ideal. Orang boleh menduga kalau orang Percaya harus berbuat baik dengan segala tuntutannya dalam menjalani hidup yang suci, tetapi adakah kamu dapat menjalankannya? Tidak dapat. Kita mempunyai perasaan dan kita dikuasai perasaan tetapi dalam tuntutan sebagai orang Percaya kita mesti mencintai Tuhan daripada siapapun. Ya tapi kalau sudah mencintai seseorang sudah pasti akan menganggu kita dan waktu pun akan kita utamakan untuk orang ini dan sangat mungkin jika Tuhan seperti sudah dilupakan oleh kita. Ini adalah fakta, Tuhan berkerja di dalam fakta hidup orang-orang, jadi yang ditekankan ialah Tuhan menunjukkan kita jalan yang benar pada waktu kita sendiri tidak dapat menentukan arah yang benar.
Jika ini menjadi alasan untuk kamu hidup dengan terus mengikuti hawa nafsu, kamu salah. Sekiranya kamu mengetahui cara hidup yang benar, dapatkah kamu menjalankannya? Bagus kalau dapat, tetapi ingatlah akan ada suatu masa perasaan hatimu akan sangat kuat sehingga kamu menjadi orang yang tidak mampu untuk bertindak secara rasional atau tidak mampu untuk menjalankan kehidupan yang kamu fikir ideal. Jika ini terjadi bagaimana?
Dalam kehidupan kita Tuhan membentuk orang dalam kesalahan melangkah, dalam keadaan yang tidak tepat ini memberikan hiburan kepada kita, tiada seorangpun yang dapat hidup sebaik yang kita mau. Jika kamu berkata, kehidupan saya terlalu baik dari yang saya mahu, saya percaya ini salah kerana kemahuanmu terlalu rendah. Kita menginginkan untuk tidak berdosa tetapi tidak boleh, kita ingin mengambil setiap keputusan dengan bijak pada setiap masa tetapi tidak dapat. Justeru, inilah keindahannya, Tuhan tetap berkerja di dalam kesalahan-kesalahan yang kita lakukan.
Adakah ini adalah justifikasi yang tepat untuk kita membuat kesalahan? Saya percaya kalau ini dijadikan alasan ini adalah kesalahan dalam pemahaman kamu. Tetapi jika kamu melihat ini sebagai suatu realiti yang kita akan hadapi contohnya; memang benar saya tahu secara rasional saya tahu apa yang harus saya perbuat tetapi saya tidak melakukannya sebab kadang-kadang hati saya lebih kuat sehingga rasional dan pengetahuan etika moral dan agama saya, saya langgar semua. Ini boleh terjadi dalam hidup kita, dan kehidupan Yakub juga seperti itu tetapi dia dibentuk oleh Tuhan walaupun didalam keadaan salah. Kita memang tidak mahu hidup salah tetapi kekadang kita jatuh di dalam keadaan itu. Tetapi jangan fikir kalau pembentukkan yang kamu jalani itu dalam bersenang-senang kerana pembentukkan yang akan kamu alami adalah sangat keras.
9. Bagaimana saya dapat tahu saya mengasihi seseorang dalam konteks pasangan dan dapat berada dalam hubungan yang dikehendaki oleh Tuhan sepadan dan dapat saling bertumbuh?
Kalau kamu ingin tahu bagaimana itu bagaimana ini dalam konteks pasangan, saya cuma boleh menjawab jalani sahaja kehidupan, jalani sahaja apa yang Tuhan inginkan. Kehidupan ini sangat kaya dan terlalu banyak aspek. Saya tidak mampu untuk menjawab persoalan “bagaimana” itu secara tepat sebab setiap kita akan menjalani kehidupan dalam hubungan yang unik, tetapi yang lebih penting ialah kamu berani untuk menjalani kehidupan ini.
Adakah hubungan ini sepadan dengan apa yang Tuhan kehendaki atau tidak? Kau tidak akan tahu kalau kau tidak menjalaninya. Kalau sudah menjalaninya macam mana mahu tahu? kalau dia kurang pengetahuan agama daripada saya, saya harus putus atau macam mana? Fikirkanlah baik-baik, apa yang Tuhan mahu bentuk di dalam dirimu dan pada pasangan lalu perjuangkan itu. Kita bukan orang pasif yang menerima hubungan yang dalam keraguan baik atau tidak. Kamu tidak membeli barang dan setelah mendapat barang itu kita terima barang yang fix yang memang begitulah. Tidak, kamu juga berbahagian dalam pembentukkan. Maka paling penting jalinkanlah hubungan dengan orang yang sama iman dan sama gerejanya. Ini kerana dari sini kita mampu untuk menilai adakah pasangan kita ini mengasihi Tuhan atau tidak. Jika berjumpa cuma bila makan atau bersukan bersama kamu tidak akan dapat sense tentang pasanganmu dan ibadahnya kepada Tuhan. Lebih baik sebenarnya kalau kamu berhubungan dengan orang yang segereja dengan kamu.
Iya betul ada orang yang berhubungan dengan orang Kristian tetapi gereja yang berbeza. Menurut saya, cubalah pertimbangkan dan ambil keputusan untuk bergereja sama, tidak kisah mana-mana gereja, pertimbangkan dengan baik gereja mana lalu pertimbangkan juga untuk menjadi sama dalam manapun gereja itu.
Jadi hal yang harus perbuat ialah cuba untuk melihat bagaimana komitmen orang itu kepada Tuhan. Selain itu, cuba lihat bagaimana Tuhan membentuk kamu dalam komunikasi, perbincangan, pertengkaran dan bertukar fikiran. Ini yang menjadi tanda. Maka kamu dapat pertimbangkan hal-hal apa yang membuat kamu sedar hubungan kamu bertumbuh dan berbuah.
Jangan menggunakan diizinkan Tuhan atau dilarang Tuhan. Ini akan membuat seolah-olah tanggunggjawab ada pada Tuhan. “Kalau Tuhan bilang boleh, maka saya jalankan. dan kalau ternyata setelah menjalaninya, hubungan suami isteri malah kucar kacir'“ bagaimana, pasti kamu akan menyalahkan Tuhan. Ini tidak benar, jalanilah hidup dan ambil tanggunggjawab yang penuh di hadapan Tuhan. Jalani hubungan couple anda dan laporkan kepada Tuhan dalam bentuk doa, ini baru betul. Benar bahawa Tuhan telah menetapkan segala sesuatu tetapi, kamu harus tahu penetapan Tuhan tidak meniadakan tangguggjawab kita. Oleh itu, tanggunggjawab kamu adalah memilih pasangan yang benar, tanggunggjawab kamu untuk menjalani kehidupan yang benar. Kalau masa perkenalan kamu dalam hubungan itu salah, sukar untuk bertumbuh bersama dan akhirnya semuanya rosak, maka sudahlah waktu untuk berhenti.
Kita tidak dapat lepas dari keadaan yang harus berjuang mempertimbangkan segala hal. Orang berkata, “untuk bebas dari mempertimbangkan hal yang sukar mereka bertanya ‘adakah perempuan ini untuk saya atau tidak, sesuai atau tidak?’, kalau Tuhan menjawab sesuai maka saya akan merasa aman”. Jangan mencari aman, jalanilah dengan tulus untuk Tuhan dan berjuanglah dalam memepertimbangkan segala hal untuk mempertahankan hubungan.
10. Saya memahami bahawa mengenal Tuhan sangat membantu supaya tidak salah dalam mengambil keputusan dalam konteks pasangan tetapi ini dikatakan memanipulasi pengetahuan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam hal ini macam mana untuk membetulkan Perspektif ini? Sebab saya fikir saya tidak melakukan apa yang Tuhan kehendaki atau saya tidak kenal Tuhan.
Ada orang yang tidak peduli dengan apa yang dikehendaki oleh Tuhan, ada juga orang yang mengambil kisah tetapi tidak tahu apa kehendak Tuhan itu sendiri. Saya mahu tahu kehendak Tuhan tetapi Tuhan tidak bagi tahu, jadi macam mana cara hidup yang sebenarnya? Kamu mahu tahu apa yang Tuhan mahu dan kamu mahu menjalankannya, padahal Tuhan mahu apa Tuhan sudah bagitau dan yang tidak Ia beritahu ialah Tuhan membebaskan kita untuk memilih cara untuk menjalankan apa yang Tuhan kehendaki.
Tuhan tidak mendidik orang dengan mengatakan, jangan menjalani hidup yang salah, jangan berfikir seperti itu, jangan salah langkah. Kekadang kita akan diajar oleh Tuhan tidak dengan peringatan supaya kita dengar dan tahu tetapi dengan dibentuk. Jadi saranan saya, kamu jalankan sahaja dan nikmati pembentukkan Tuhan. Jalani dan nikmati ketika Tuhan menegur kita. Selain itu, jalani sambil berwaspada juga sebab jika kamu sembarangan memperlakukan orang lain nanti itu akan memukul balik kamu sebab Tuhan itu adil. Jadi jangan punya hati yang manipulatif. Maksud manipulatif ialah kamu tahu kalau perbuatan kamu jahat tetapi kamu terus melakukannya kerana kamu mahu, kamu ingin dapat keuntungan walaupun dengan menipu orang. Ini jahat dan kamu sendiri mesti tahu pada waktu bila kamu manipulatif dan waktu bila tidak. Kalau kamu tidak tahu bermaksud kamu tidak ada niat untuk manipulasi. Kalau kamu tahu, tidak perlu orang bagitau kalau kamu ini seorang yang jahat. Kalau kamu tahu kamu jahat jangan jalankan. Kalau kamu merasa kamu tulus tiada niat untuk membohongi orang, maka jalankan itu.
Kalau salah macam mana? Tidak apa-apa, Tuhan yang akan memperbetulkannya kerana kita tidak Mahatahu dan Tuhan izinkan kita untuk salah jalan selama kita tidak punya hati jahat untuk memanipulasi orang.
Jadi mengenal Tuhan tidak membuat kita pasti tidak salah dalam mengambil keputusan. Ini salah, justeru mengenal Tuhan membuat kita sedar, di dalam pengambilan keputusan yang salahpun ada pembentukkan Tuhan. Kekadang kita tidak tahu kalau keputusan yang kita ambil salah atau tidak, kita tidak memahaminya tetapi kamu sudah jalankan, ketika kamu sudah jalankan, kamu menantikan pembentukkan Tuhan. Inilah yang seharusnya kita mililki.
Jangan meminta peta pada Tuhan supaya kita tidak salah. Tidak, bukan begitu, jalani sahaja dulu dengan ketulusan mau dibentuk oleh Tuhan dengan penuh kerendahan hati untuk diperbetulkan oleh Tuhan. Ini yang menjadi harta berharga, yang dibentukkan oleh Tuhan kepada Yakub. Yakub terpaksa lari, cari pekerjaan dan dia melakukan hidupnya sehari-hari dan Tuhan membentuknya di situ. Jadi menurut saya, jalani sahaja hidup kamu dengan rasa kepenuhan, tenang dan senang sebab Tuhan akan memperbetulkan engkau semula sekiranya kamu salah tetapi jangan jadi orang jahat, jangan jadi orang sombong yang cuma memikirkan diri dan mengabaikan orang lain. Jadi hal yang paling penting adalah pengudusan hidup kita, makin kenal Tuhan makin mencintai sesama dan kita berusaha untuk menjalani hidup kita dengan apa yang ada di depan atau apa yang ada dalam konteks hidup yang Tuhan percayakan kepada kita.
11. Bagaiman untuk mengetahui jika jalan hidup yang kita ambil seperti program kursus pembelajaran adalah seperti kehendak Tuhan?
Jika yang dicari adalah kehendak Tuhan, yang paling penting adalah apa yang Tuhan suka, seperti motivasi yang baik, keinginan untuk menjadi berkat serta kerelaan untuk melaksanakan apa yang seharusnya dilaksanakan (tanggunggjawab). Jadinya program kursus demi menyenangkan hati Tuhan itu bukanlah masalah tetapi bagaimana sikap hati kita untuk program kursus yang ada di hadapan kita? Lebih baik mengambil satu program kursus dengan hati yang murni, dengan takut akan Tuhan, mencintai Tuhan daripada mengambil program kursus supaya tepat dengan kehendak Tuhan sahaja. Ramai orang struggle untuk memilih program kursus dan bertanya “jika salah bagaimana?”. Jika salah tiada masalah, salah program kursus tidak separah hati yang salah. Tuhan juga tidak akan marah dalam hal ini, tetapi Tuhan marah kepada orang yang berpura-pura dan merasa ego serta hanya memikirkan diri sendiri.
Jadi jika bertanya, pilihan saya ini sudah tepat atau salah? Tanyakan semula diri, “adakah hatimu sudah benar?”. Yang lebih baik kira fikirkan ialah, motivasi untuk kita ambil program kursus ini apa? Mau kaya, terkenal, hebat atau ingin menyenangkan hati Tuhan dengan menjadi berkat bagi yang lain. Kerana kita tahu, manusia perlukan bidang ini, bidang ini sangat penting dan kita mau berjuang di situ. Dan inilah yang lebih baik. Jangan takut salah pilih, lebih takut kalau salah hati.