The Meaning of Church: Does Church Can Save Our Souls?
Extra Ecclisiam Nulla Salus: Di Luar Gereja Tidak Ada Keselamatan
Pendahuluan
Sebagai orang yang percaya sudah tentu kita tidak pernah lari daripada persoalan, dan menurut saya mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi ini tidak salah kerana ini merupakan anugerah pemberian Tuhan yang harus kita gunakan untuk memuliakan Tuhan. Begitu juga dengan saya, dalam beberapa tahun ke belakang ada banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya terkait dengan ecclisiologi (pembelajaran tentang gereja). Salah satu persoalan yang muncul ialah siapakah yang seharusnya memenuhi expectation seseorang yang benar-benar ingin mengetahui kebenaran yang lebih dalam, adakah gereja, adakah diri sendiri dan jika gereja kenapa ya dan kenapa tidak? Soalan ini muncul kerana, sudah lama saya menjadi pengikut Yesus dan bukan lagi masanya untuk minum susu tetapi makan makanan keras, iaitu belajar tentang teologi yang lebih dalam. Dari persoalan ini, maka terkait boleh tidak meninggalkan gereja di tempat ini dan ke gereja lain kerana, gereja di sini tidak memenuhi expectation? Dan seterusnya, ada banyak lagi pertanyaan sehinggalah pembelajaran tentang ecclesiology ini membawa saya kepada persoalan adakah gereja masih relevant di era sekarang? Sebab di satu sisi, ada pengajaran mengatakan gerejamu tidak menyelamatkanmu. Tetapi di sisi lain pula mengatakan di luar gereja tidak ada keselamatan. Lalu pertanyaan lain lagi muncul, jika gereja dapat menyelamatkan bermaksud ini berkontra dengan alkitab yang tertulis hanya Yesuslah jalan, kebenaran dan hidup?
Nah, di sini saya mau membawa anda untuk dive in bersama saya dalam menyikapi dan memahami serta menjawab beberapa pertanyaan ini, ada beberapa yang saya tidak jawab kerana soalan itu memerlukan sesi yang lain serta panjang dan seperti dalam tema penulisan ini, soalan inilah yang akan saya jawab nanti.
DICTUM, “EXTRA ECCLESIAM NULLA SALUS”
Extra Ecclesiam Nulla Salus (bahasa latin), bermaksud di luar gereja tidak ada keselamatan dalam bahasa melayu. Bagi orang Kristian Roman Catholic dan Orthodox mereka sudah biasa dengan ungkapan ini, tetapi bagi orang Kristian Protestant, sangat sedikit orang yang mengetahui akan hal ini, sedangkan orang Kristian Protestant sebenarnya juga sangat memegang akan diktum atau pegangngan ini dalam maksud yang aslinya.
Sebelum itu, penulisan saya ini hanya untuk kepentingan saya sebagai rujukan nanti sepanjang journey saya dalam mempelajari kekristianan. Tidak bermaksud untuk membuat polemik antara denominasi gereja.
SEJARAH AWAL
“Whoever is separated from the Church and is joined to an adulteress, is separated from the promises of the Church; nor can he who forsakes the Church of Christ attain to the rewards of Christ. He is a stranger; he is profane; he is an enemy. He can no longer have God for his Father, who has not the Church for his mother. If any one could escape who was outside the ark of Noah, then he also may escape who shall be outside of the Church.”
Dalam kutipan teks ini, kita dapat melihat Cyprian menggunakan beberapa metafora seperti;
Ibu
Gereja diibaratkan seperti ibu sebenarnya juga pernah digunakan rasul Paulus dalam penulisannya, orang yang berada di luar gereja tidak mempunyai hak memanggil Allah sebagai Bapa mereka. Dengan kata lain mereka tidak mempunyai Allah (Bapa) kerana mereka tidak memiliki ibu (gereja). Ibulah (gereja) yang telah melahirkan kita supaya mempunyai identiti diri sebagai anak-anak Allah.
Bahtera Nuh
Gereja juga digambarkan sebagai bahtera Nuh kerana di luar bahtera Nuh itu tidak mungkin orang akan selamat selain dari orang yang telah naik ke bahtera Nuh. Dan ini tidak contradict dengan pernyataan kalau di luar Yesus tidak ada keselamatan sebab hanya Dialah satu-satunya jalan, kebenaran dan hidup. Hal ini demikian kerana dalam buku Kejadian 6, yang menyelamatkan Nuh dan keluarga adalah Yahweh dengan menggunakan bahtera Nuh sebagai alat atau media untuk menyelamatkannya. Dalam perspektif tertentu, kita dapat mengatakan orang yang berada di luar bahtera Nuh itu tidak terselamatkan dari banjir besar itu
Pengetahuan seperti ini adalah sangat penting. Saya percaya gereja adalah perkara yang paling asas dalam teologi Kristian dan saya yakin kalau teologi ini terletak pada teologi primer. Selain itu, perkara ini juga tercatat dalam kerangka utama dari iman para rasul atau kredo (Christian’s Creeds) gereja Kristian. Oleh itu, orang yang melepaskan diri dari gereja tidak mempunyai hak untuk meminta apapun yang berkaitan dengan keselamatan dan Tuhan Yesus. Anda tidak boleh melepaskan ikatan diri dari gereja sebab di luar gereja (bahtera Nuh) yang kamu miliki hanya banjir besar dan kebinasaan.
LATAR BELAKANG KEMUNCULAN AYAT INI
Sebelum masa Cyprian, orang-orang mempercayai kalau keselamatan itu harus tetap ada di dalam Kristus tetapi orang itu tidak semestinya adalah seorang kristian, yang mana orang yang selama hidup membuat kebaikan juga akan mendapat keselamatan walaupun ia tidak pernah mempercayai Kristus. Di masa Cyprian, konteks dari kutipan tersebut memaksanya untuk berfikir dengan lebih dalam tentang apa kesan dari keselamatan hanya ada dalam Kristus dalam kaitan kemaslahatan kewujudan gereja.
Selain itu, pada masa itu (sekitar tahun 250), ada kontroversi yang berlaku pada orang-orang kristian yang telah dibabtis, tetapi kemudian telah menyangkal iman mereka sebab pada masa itu berlakunya penganiayaan yang besar terhadap orang-orang kristian di masa Empayar Roman. Ini membuat ramai orang Kristian bahkan imam-imam yang sebelum ini membabtis orang-orang juga menjadi murtad. Maka perbincangannya adalah tentang, apa yang akan terjadi dengan orang-orang yang telah murtad kerana penganiayaan, lalu ingin kembali kepada gereja? Adakah babtisan mereka sebelum ini masih sah atau tidak kerana mereka telah menyangkal Tuhan Yesus?
Makanya, berlatarbelakangkan konteks ini, Cyprian mengatakan orang-orang yang telah menyimpang dari kekristianan termasuk orang yang murtad, yang memisahkan diri dengan gereja yang benar tidak akan berbahagian dalam keselamatan, babtisan yang mereka terima sebelum ini juga adalah tidak sah. Ditegaskan juga bahawa orang yang mengajarkan sesuatu yang tidak gereja ajarkan yang bertentangan dengan ajaran gereja atau orang yang telah memisahkan diri dari gereja seperti murtad, tidak mempunyai bahagian di dalam keselamatan, oleh itu, Cyprian mengatakan di luar gereja tidak ada keselamatan.
Inilah konteks asal dari diktum “di luar gereja tidak ada keselamatan” yang bersifat penegasan atau pembatasan mengenai ekklesiologi terhadap orang-orang yang murtad kerana takut dengan penganiayaan, juga mengenai orang yang telah menyimpang dari kekristianan dan mengajarkan ajaran sesat. Ini sama seperti orang-orang ini tidak dapat diselamatkan kerana mereka tidak berada di dalam bahtera itu.
GEREJA KATOLIK ROMAN DAN DICTUM
Pada masa kini, penegasan dictum ini telah berkembang sejalan dengan sejarah. Contohnya kepausan yang mempunyai kuasa mutlak, sebagai vikaris(wakil) Kristus, sebagai uskup dari para uskup dan lain-lain sebagainya. Contoh-contoh ini kemudiannya telah dinormalisasi dan telah didokumenkan secara rasmi dalam gereja Katolik Barat (Roman) seperti yang terdapat dalam Ecumenical Counsil of Florence (Orthodox) and Trent (Protestant), Council of Vatican 1 and 2 sehinggalah sekarang, dengan implikasi sekiranya tidak patuh pada formalisasi ini, maka anda tidak akan selamat. Mereka mendasarkan diktum (pernyataan rasmi) tadi iaitu “di luar gereja tidak ada keselamatan” dan mengatakan di luar gereja Katolik Roman tidak ada keselamatan. Padahal, konteks asli bagi diktum ini seperti sejarah yang saya katakan tadi tidaklah dimaksudkan seperti ini. Dengan kata lain, sejajar dengan sejarah, gereja Katolik Roman telah menarik kesimpulan tentang diktum ini ke arah yang lebih sempit(spesifik) hanya untuk gereja Katolik. Namun, harus saya akui selepas Council of Vatican II arahnya telah diluaskan tetapi tidak dihapuskan (sebab ada orang berfikir kalau diktum ini telah dihapuskan dalam gereja Katolik Roman).
Jadi pada awalnya, diktum ini hanya menegaskan tentang posisi institusi penting gereja, yang bermaksud macam mana sekalipun, orang percaya harus berada dalam gereja tanpa memberikan implikasi tentang denominasi gereja. Dalam hal ini, biarlah sampai sini sahaja, lagipula ada ramai saya kenal yang secara sedar dan tidak sedar kalau mereka sebenarnya menolak keputusan Council of Vatican II ini.
KONSEP GEREJA
Ada dua attribute gereja (bukan jenis) yakni;
Gereja yang tidak kelihatan (Invisible Church)
Gereja yang tidak kelihatan adalah gereja yang terdiri dari jumlah keseluruhan umat-umat pilihan yang ditentukan oleh Tuhan untuk diselamatkan. Jumlah keseluruhan ini kita tidak tahu hanya Tuhan yang tahu. Dan orang-orang ini boleh sahaja pada waktu ini masih di luar gereja, belum percaya pada Tuhan Yesus, masih beragama Islam atau Buddha dan yang lainnya. Mereka belum bertaubat, tetapi pada akhirnya mereka akan bertaubat. Gereja yang tidak kelihatan ini mestilah gereja yang katolik atau umum (Istilah Katolik bermaksud am atau umum atau universal, jangan disempitkan hanya untuk gereja Katolik Roman). Ini kerana, orang-orang pilihan ini berada di sepanjang sejarah sejak dari masa Adam sampailah ketika Tuhan Yesus turun ke dalam dunia yang ke-2 kali. Tambahan pula, orang pilihan ini juga tidak terbatas dengan waktu dan geografi, sebab orang pilihan terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang terserak di seluruh dunia.
Gereja yang kelihatan (Visible Church)
Gereja yang kelihatan ialah orang yang seperti kita atau orang yang sudah percaya di dalam mana-mana denominasi sama ada Envengelist, Pentakosta/Charismatic, East Orthodox, Reformed, Presbytarian, Catholic Rome dan lain sebagainya. Gereja ini adalah gereja yang sudah ada, yang kelihatan sejak manusia pertama sehinggalah masa kini. Harus difahami bahawa gereja yang kelihatan ini juga adalah gereja yang katolik/umum/universal sebab gereja yang kelihatan ini juga wujud dalam pelbagai bangsa, dalam pelbagai tahap sejarah dan pelbagai denominasi serta tempat dan wilayah. Sebab itu dalam pengakuan iman Kristian, selalu kita melafazkan atau mendengar “bersama dengan orang percaya di segala abad dan segala tempat, mari kita mengakui iman kita”. Hal ini wujud akibat daripada kewujudan orang percaya yang katolik(universal), yang membawa maksud yang percaya itu bukan hanya diri anda. Melafazkan pengakuan iman bukan hanya sebuah rutin dalam gereja tetapi kita sedang meletakkan diri kita dalam deretan kumpulan dari kumpulan orang-orang yang telah diselamatkan.
Dalam hubungan ini, saya sangat menekankan kalau orang kristian harus melafazkan pengakuan iman ini. Gereja-gereja yang tidak memasukkan pengakuan iman sebagai elemen liturgi dalam ibadah mereka akan sangat cenderung menjadi gereja yang bagi saya pelik, seperti; gereja merasa benar sendiri, merasa hanya dia sahaja yang gereja dan yang paling teruk mungkin akan melahirkan ajaran sesat. Bertitik tolak dari kenyataan ini, pengakuan iman sebenarnya memberikan kita boundaries (batas).
Maksud sebenar “Extra Ecclesiam Nullas salus”
Jika kita meneliti dengan lebih mendalam, gereja yang dimaksudkan merupakan sebuah medium yang harus (neccessity means) untuk keselamatan. Medium yang dimaksudkan adalah institusi yang didirikan oleh Tuhan (Mat 18:16) yang terdiri dari Gereja yang kelihatan dan yang tidak kelihatan tadi. Hal ini demikian kerana hanya di dalam gereja inilah Firman Allah itu dipercayakan, dikhotbahkan, dipercayakan termasuk penginjilan. Tindakan memanggil atau pengginjilan ini berlaku bukan hanya di luar gereja (invisible church) tetapi juga di dalam gereja (visible church) itu sendiri, sebab dalam gereja yang kelihatan ini ada orang yang munafik, yang hanya kristian dalam surat lahir.
Bertitik tolak dari kenyataan di atas, tidak lain dan tidak bukan, satu-satunya konteks untuk mengkhotbahkan dan memegang serta memberitakan Firman Allah hanyalah gereja. Tidak mungkin agama lain mengajarkan Firman Tuhan kalau dia bukan umat pilihan atau gereja. Oleh itu, mungkin tidak berlebihan apabila saya mengatakan kalau di luar gereja tidak ada keselamatan tidaklah bercontradict dengan di luar Kristus tiada keselamatan. Lagipula, di luar Kristus tiada keselamatan merupakan bidang kristologi dan yang sedang saya bahas ini adalah fasal ecclesiology.
Pada hakikatnya, gereja sebagai medium yang harus bagi mempersiapkan orang-orang suci. Hal ini bertepatan dengan Firman yang dipercayakan kepada gereja. Orang akan bertambah pengetahuan, pemahaman, iman, cinta kasihnya kepada Tuhan dan sesama, ini berlaku melalui mendengar firman Tuhan, mendengar pengajaran secara rutin dan baik serta bertaggungjawab, dan semua hal ini berlaku hanya di dalam gereja. Jika anda memutuskan hubungan dengan gereja, bermaksud anda memutuskan nafasmu hidupmu sendiri. Kekristianan juga mempunyai disiplin yang tegas, saya akui kalau dalam social media seperti YouTube ada banyak pengajaran yang baik mengenai kekristianan, tetapi ini bukan alasan untuk anda tidak ke gereja, menonton khotbah di YouTube bukan pengganti bagi gereja, YouTube hanyalah insight tambahan, yang terutama adalah gereja, pergilah ke gereja dan menjalin persekutuan di sana.
Pada waktu yang sama, di luar gereja tidak ada keselamatan juga membawa maksud sebuah medium yang harus untuk persatuan (fellowship) orang-orang suci. Oleh itu, jika anda tidak di dalam institusi gereja, anda tidak boleh menganggap dirimu seorang kristian walaupun anda mungkin ada akaun TikTok atau YouTube atau seperti saya menggunakan medium penulisan sebagai tempat untuk berkongsi atau memberitakan Firman Tuhan, dan mungkin anda mempunyai banyak pengikut dalam sosial media. Ini kerana, persoalan utama adalah kamu dari gereja mana? Pendidikan agama dapat dari gereja mana? Tunduk pada authority gereja seperti father, penatua, pastor dan sebagainya atau tidak? Mendengar pengajaran dari gereja secara rutin atau tidak? Atau anda berfikir kalau anda itu sudah pandai sebab ramai follower anda dalam sosial media anda, dan untuk itu anda merasa tidak perlu untuk datang ke gereja dan mendengar khotbah. Ketahuilah, kalau anda berfikir seperti ini, anda tidak berada dalam bahtera Nuh, sebab secara prinsip, persekutuan orang-orang kudus tidak dapat dicapai di luar komuniti gereja. Jika anda tidak mempunyai ikatan dengan gereja, tidak bertumbuh, diajar, menjadi anggota gereja, digembalakan di dalam gereja serta tidak tunduk pada authority gereja, lalu anda mengatakan kalau anda adalah seorang pelayan Tuhan, anda adalah seorang yang munafik dan penipu. Hal ini tercetus akibat di luar dari gereja, tidak ada persekutuan (fellowship) orang-orang suci. Orang-orang protestant kebiasaan menyempitkan maksud gereja seolah-olah kita boleh lepas secara bebas dari gereja. Anda tidak dapat menjauhkan diri dari gereja, sebab pada saat anda mengeluarkan ikatan dari gereja, anda telah keluar dari bahtera keselamatan. Ingatlah, jika anda tidak berada dalam ikatan institusi gereja tetapi selalu menyampaikan Firman Allah di media sosial, pada pengakhirannya anda tidak berbahagian dalam Kerajaan Syurga (Mat 7: 21-23)
21 “Not everyone who says to me, ‘Lord, Lord,’ will enter the kingdom of heaven, but the one who does the will of my Father who is in heaven. 22 On that day many will say to me, ‘Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and cast out demons in your name, and do many mighty works in your name?’ 23 And then will I declare to them, ‘I never knew you; depart from me, you workers of lawlessness.’
Matthew 7:21-23
Di samping itu, gereja ialah medium yang harus untuk memenuhi tugas orang-orang suci. Tugas yang diberikan oleh Allah seperti yang tertulis dalam John 13: 34-35. Perintah saling mengasihi ini berlaku hanya di dalam gereja (invisible dan visible). Dalam gereja juga ada banyak drama yang terjadi, dan kekadang ada yang sakit hati sampai keluar dari gereja itu. Hal mengasihi, bukan sahaja pada orang yang berbuat baik pada anda tetapi juga orang yang protes dan mengkritik anda. (John 14:15, 1 Cor 10:17)
KESIMPULAN
Sebagai penghias bicara akhir, dalam konteks ecclesiology, gereja memang mampu untuk menyelamatkan jiwa manusia terlebih lagi, gereja adalah satu-satunya institusi yang dibina oleh Tuhan Yesus, sebagaimana hanya ada satu bahtera sebagai medium keselamatan pada zaman Nuh, begitu juga pada zaman ini hanya gerejalah satu-satunya medium untuk keselamatan kita. Walaubagaimanapun, ada kes-kes tertentu yang berlaku tidak sejajar dengan doktrin ecclesiology ini dan orang ini tetap dapat masuk ke dalam Kerajaan Syurga, tetapi itu hanyalah kes khusus untuk sebab-sebab tertentu dan kes khusus ini tidak dapat dijadikan doktrin untuk diimplementasikan (diguna pakai) pada umum.
Gereja yang katolik (universal) adalah gereja yang kelihatan dan tidak kelihatan, telah wujud sejak manusia pertama sehinggalah akhir zaman nanti dan berada di pelbagai tempat serta pelbagai denominasi. Gereja ini juga mewarisi, meneruskan, mengajarkan dan mempertahankan dengan konsisten ajaran-ajaran Alkitab yang tulen dan benar. Orang yang murtad dan yang tidak dalam ikatan institusi gereja ini tidak akan mendapat tempat, identiti, dan berkat keselamatan yang dimiliki gereja. Gereja ini juga adalah medium yang harus untuk pemberitaan Firman Tuhan, penginjilan, dan penggembalaan serta pendewasaan jemaat.
Oleh itu, anda sebagai seorang kristian, wajib dan harus bergabung menjadi anggota gereja untuk persekutuan, mendapatkan pengajaran serta dilengkapkan untuk memenuhi tugas-tugas anda sebagai seorang Kristian.