2 Comments
User's avatar
Anonymous's avatar

Bagaimana u mengetahui bahawa aku dan pasanganku sudah sesuai u berkahwin, khususnya dalam hal kerohanian? Bagaimana u mgkathui hal ini, adakah ada ciri cirinya?

Expand full comment
Kebijak Dingkong's avatar

Terima kasih untuk pertanyaannya. Pertanyaan yang amat memprihatinkan bagi saya. Menurut saya, tiada ciri-ciri khas, tetapi ini lebih kepada bagaimana anda membuat penilaian terhadap pasangan yang anda cintai ini dan bagaimana pasangan anda mencintai anda. Sudah tentu sebagai orang yang percaya Tuhan, Tuhan telah memberikan kita hikmat yang membolehkan kita untuk menilai dengan saksama. Adakah anda dan pasangan anda mempunyai pengharapan untuk dipakai oleh Tuhan untuk melayani Tuhan. Sebab jika anda membaca penulisan saya sebelum ini saya menyatakan bahawa tujuan perkahwinan itu adalah untuk mengenal dan melayani Tuhan bersama. Peringkat kerohanian itu bukanlah suatu isu yang kita bagi peringkat atau membandingkan diri kita dengan pasangan berdasarkan tahap iman/kerohanian, tetapi komitmen hidup untuk menjalani hidup bersama bagi Tuhan. Ini sangat penting dan merupakan komitmen yang paling indah untuk dimiliki kerana tujuannya adalah berfokus untuk memuliakan Tuhan. Saya berharap ini menjawab pertanyaan saudara.

Expand full comment